script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Sokong Usaha PH Untuk Gubal Akta Pembiayaan Politik !


DUNGUN - PAS menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Pembiayaan Politik bagi menghalang unsur rasuah dan kepentingan peribadi penderma mendorong keputusan parti pemerintah.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebelum ini PAS bersama beberapa parti politik lain seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu.

"Saya nak tegaskan bahawa PAS sentiasa konsisten memperjuangkan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus mengenai perkara ini dan kita dah hantar memorandum bersama parti politik yang lain.

"Namun disebabkan berlaku Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini dan pertukaran kerajaan, kita belum berpeluang membawa perkara ini kepada pentadbiran baharu. 

"Namun kita memandang positif perkara itu dan harap ia akan diperincikan dan dijadikan suatu akta yang perlu diikuti oleh semua parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di Dewan Arena Square, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS turut mengulas mengenai cadangan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengehadkan tempoh pentadbiran perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri selama dua penggal yang disifatkan mempunyai asas dan perlu dilihat daripada sudut positif.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi impak positif selaras dengan matlamat utama untuk mengelak daripada wujudnya unsur rasuah.

"Ada baiknya juga cadangan ini kerana apabila terlalu lama tentulah wujud ruang-ruang dan kemungkinan perkara tidak sesuai seperti ketiadaan penjanaan idea baharu dan segar bagi generasi baharu.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai cadangan menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang dianggap bukan permasalahan utama.

Sebaliknya beliau meminta kerajaan memfokus kepada isu lebih besar iaitu usaha mendaftarkan lebih ramai pengundi daripada golongan muda kerana data menunjukkan masih ramai yang tidak berbuat demikian. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Tahniah lar PAS sanggup sokong PH dalam soal penting nih, tapi kena hati2 sebab Haji Hadi dengan mudah buat U-turned terkangkang semua yang Shamsuri bagitau, masuk celah kangkang Presideng ja, dalam PAS ni sorang saja yang paling berkuasa, YB TUAN GURU DATO SERI HAJI ABDUL HADI AWANG. Lain2 toksah dok mandai2 guna otak atau kajian atau keputusan orang ramai ahli atau sesiapa.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.