script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mualaf Miliki Wang, Kad Pengenalan Palsu Mengaku Tak Salah


KUANTAN - Seorang mualaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kes menghasilkan wang palsu dan pemalsuan kad pengenalan di sini minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Ridzuan Cheong Abdullah, 34, dari Alor Akar di sini mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang tukang cat didakwa memiliki peralatan menghasilkan wang palsu, 42 keping matawang bernilai RM50 dan enam keping not RM100 yang kedua-duanya palsu serta berniat untuk menggunakannya sebagai wang tulen.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki lebih daripada satu kad pengenalan yang diketahui palsu sebagai pengenalan diri.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah kediaman dekat Taman Alor Akar di sini pada 5 Oktober lalu kira-kira pukul 3.45 petang.

Pertuduhan pertama dilakukan mengikut Seksyen Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula dilakukan mengikut Peraturan 25 (1)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan tarikh 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.