script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fuziah Salleh: Proses Reformasi Institusi Agama Perlu 10 Tahun


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu proses reformasi yang dilakukan kerajaan dalam pengurusan agama Islam di negara ini dijangka mengambil masa 10 tahun, sebelum satu penanda aras dapat diwujudkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata proses itu akan menjadikan semua 13 agensi di bawah portfolio agama Islam JPM bergerak lebih efisien, selain mewujudkan budaya kerja lebih cemerlang.

“Perkara pertama yang akan dilakukan dalam konteks reformasi ini ialah kita akan jadikan semua agensi bergerak dengan cara paling efisien kerana sebelum ini banyak persepsi yang mengatakan agensi di bawah jabatan hal ehwal agama tidak efektif.

“Kita juga akan pastikan setiap agensi tidak bekerja bersendirian dan tidak berlaku pertindihan bidang kerja,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) dalam sesi soal jawab lisan.


Menurut Fuziah, reformasi itu akan turut melihat pelbagai aspek lain, antaranya institusi wakaf, kutipan zakat, pengurusan haji serta industri halal negara.

“Sekarang kita ada standard penarafan masjid Malaysia yang kita akan tambah baik dan mungkin masa depan nanti kita akan lihat untuk membina masjid berasaskan teknologi hijau.”. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.