script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Johari Abdul Tolak Dakwaan Bakal Di Lantik Jadi Menteri Besar


ALOR SETAR  - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul menolak khabar angin yang mendakwa beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, khabar angin mengenai beliau yang akan dilantik sebagai Menteri Besar telah menjadi viral sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi.


Malah menurutnya, beliau sebelum ini juga pernah  disebut-sebut bakal dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Pelancongan serta Speaker Dewan Rakyat.

"Sekarang ini, macam-macam khabar angin mengenai kedudukan saya termasuk dilantik sebagai Menteri Besar.

"Saya tak kecewa sekiranya saya tidak dilantik sebagai Menteri Besar sebab saya menjadi pimpinan selama 20 dalam reformasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang menjadi viral dengan mendakwa beliau bakal menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri susulan masalah kesihatan dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, ADUN Gurun itu mengesahkan beliau telah menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di pejabat baginda di Wisma Darul Aman di sini Sabtu lalu.

Johari berkata, beberapa perkara dibincangkan ketika mengadap Sultan Sallehuddin seperti berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Ya, saya menghadap baginda Sultan Kedah, soal Menteri Besar ini jika ada rezeki adalah,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.