script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR Cadangkan Pemilihan Semula Jika Tak Jumpa Undi Hilang



PETALING JAYA: Jawatankuasa pemilihan pusat PKR akan mencadangkan pemilihan parti di Melaka dan Negeri Sembilan yang sepatutnya selesai semalam diadakan semula jika undi yang hilang tidak ditemui dalam tempoh 24 jam.

Pengerusi Datuk Rashid Din berkata cadangan itu akan dikemukan kepada pimpinan tertinggi parti jika penyelongkaran sistem e-undi yang digunakan dalam pemilihan kali ini gagal menemui undi-undi yang hilang.

“Memang ada technical glitch (gangguan kecil atau kerosakan rawak) sebab kita dapati ada undi-undi yang tidak dapat dicari dalam ‘cloud’.

“Kalau tidak jumpa juga, maka kita akan cadangkan buat pemilihan semula. Rugilah undi hilang apabila ahli keluar mengundi,” katannya.

Terdahulu, Rashid menyangkal pengumuman kemenangan di Melaka dan Negeri Sembilan oleh calon timbalan presiden Rafizi Ramli kerana “technical glitch” menyebabkan keputusan penuh pemilihan di 2 negeri itu belum boleh ditentukan.

Semalam, Rafizi berkata keputusan tidak rasmi di Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan beliau memperoleh 55% undi di Melaka dan 52% di Negeri Sembilan berbanding pesaingnnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi juga berkata keputusan bagi Rembau, Teluk Kemang dan Jelebu di Negeri Sembilan, dan Kota Melaka, Jasin dan Tangga Batu di Melaka akan diterbitkan lewat kerana “masalah internet” yang menyebabkan banyak undi belum dihantar kepada pelayar. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.