script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ingkar SOP Aktiviti Ziarah Aidil Fitri, Seorang Kontraktor Kena Kompaun RM4,000 Di Chini

 

PEKAN - Seorang kontraktor dikompaun RM4,000 kerana membenarkan kunjungan tetamu ke rumahnya di Felda Chini 2, di sini sempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tindakan itu diambil susulan satu video yang ditularkan berkenaan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah lelaki berusia 45 tahun itu.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video itu, kelihatan beberapa individu berada dalam kediaman tersebut sedang makan dan bersembang sedangkan aktiviti itu tidak dibenarkan.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan lelaki tersebut pada Jumaat dan menghubunginya untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu tampil dan mengaku bersalah sebelum tindakan kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021 kerana tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Razli berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan serta bersama-sama membantu memutuskan rantaian penularan Covid 19. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.