script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pekerja Kilang Hancur Lima Jari Tangan Gara-Gara "Tersangkut" Pada Mesin Pengisar Ikan !

 

KUANTAN – Seorang pekerja kilang keropok ikan hancur lima jari selepas tangan kirinya tersangkut pada mesin pengisar ikan dalam kejadian di Kampung Chendor, dekat sini semalam.

Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa membawa mangsa berusia 20 tahun itu bersama mesin pengisar terbabit ke Hospital Kemaman, sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersangkut dan mengalami pendarahan teruk.

Timbalan Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikatakan sedang melakukan tugasan rutin di kilang menghasilkan keropok menggunakan mesin pengisar sebelum tangan kiri mangsa secara tidak sengaja tersangkut pada mesin berkenaan.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Chukai segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai insiden itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Mereka kemudiannya dibantu tujuh lagi pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng mengeluarkan mesin pengisar dari tapak asal dalam kilang terbabit memandangkan operasi mengeluarkan tangan mangsa sukar dilakukan di kilang itu.

“Memandangkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk, kita kejarkan mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.