script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMNO Gesa Tubuhkan RCI Siasat Kes Campur Tangan Politik Dalam Institusi Penting Negara

 

KUALA LUMPUR - UMNO menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan sebelum ini, amat serius.

"Pendedahan itu terutama membabitkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan meminta menteri yang mewakili UMNO membawa saranan ini kepada kerajaan supaya tindakan segera dapat dilakukan.

"Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap institusi dan sistem yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang serta keselamatan negara," katanya.

Abdul Hamid pada minggu lalu mendakwa berlaku campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), membabitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau yang bersara Isnin lalu turut bersedia untuk dirakam keterangan berhubung pendedahannya mengenai campur tangan politik dalam Cawangan Khas Bukit Aman.

Sementara itu, Tommy di dalam bukunya "My Story: Justice in the Wilderness" pula membuat beberapa pendedahan termasuk mendakwa campur tangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam badan pengadilan dan kehakiman.

Tommy juga didakwa memperlekeh dan mendakwa pegawai undang-undang yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai terlalu birokratik, makan gaji dan tidak mempunyai komitmen, kompetensi serta semangat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. #aumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.