script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sri Pahang Akan Tampil Permainan Lebih Padu Berdepan Dengan Pasukan Perak Malam Esok !

 

KUANTAN - Sri Pahang FC bakal memperagakan aksi padu dan bertenaga apabila berdepan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Kejayaan mengikat Selangor FC 2-2 Rabu lalu serta diperkuatkan empat import baharu menambah lagi kemantapan pasukan itu dalam misi mengutip tiga mata.

Pada masa sama, skuad Tok Gajah itu tidak sabar menyenaraikan penyerang import baharu, Aung Kaung Mann yang tidak dapat beraksi kerana gagal mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC), Rabu lalu.

Justeru, ketua jurulatih pasukan itu, Dollah Salleh akan meletakkan Kaung Mann di bahagian serangan sambil dibantu Manuel Hidalgo dan Abdul Malik Mat Ariff.

"Saya lihat tiga pemain ini menunjukkan persefahaman dan sudah pasti mereka akan digandingkan untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan.

"Saya harap prestasi yang dipersembahkan ketika seri berdepan Selangor memberi semangat buat semua pemain untuk mempamerkan prestasi lebih baik," katanya.

Selepas 12 perlawanan, Sri Pahang kekal berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengutip sembilan mata.

Namun, kehadiran empat pemain baharu dilihat akan membantu skuad Tok Gajah untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran.

Lebih-lebih lagi, aksi mantap sememangnya ditagih daripada Kaung Mann, Hidalgo, Abubakar Yakubu, Kenny Anthiu, Herold Goulon serta semua pemain Sri Pahang. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.