script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Persoalkan, Bagaimana Kayu Balak Bersaiz Luar Biasa Mencurigakan Boleh Di Bawa Keluar Dari Hutan Simpan !

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad mendedahkan satu lagi kegiatan membawa keluar kayu balak berlaku ketika musim Covid-19 sedang melanda seluruh negara.

Perkara itu ditularkan dalam laman facebook beliau semalam. Menurut posting tersebut Khaidir mendakwa terdapat lori treler yang membawa kayu balak bersaiz luar biasa singgah di kawasan rehat dan rawat RNR Temerloh arah barat di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).).


Beliau turut memuatnaik  gambar-gambar yang dirakamkan sekitar jam 5.50 petang di lokasi terbabit. 

Hantaran beliau telah dikongsikan oleh ramai pihak dimedia sosial termasuk NGO alam sekitar yang lain seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia  (PEKA). 

Khaidir dalam hantarannya mendakwa beliau tidak pasti pokok balak spesis apa yang dibawa oleh lori tersebut, namun katanya sekali pandang nampak seperti kayu Cengal.

Ada beberapa perkara yang menjadi kemusykilan beliau terhadap isu ini. 

"Pokok balak saiz ini hanya ada di kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya. Lori treler yang membawa balak ini tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaannya," kata Khaidir. 

Beliau turut mendakwa balai pemeriksaan hutan ditutup pada hari Ahad. Jadi bagaimana balak sebesar ini boleh lepas tanpa pemeriksaan atau bayaran cukai?

Turut dipersoalkan juga lori treler yang membawa balak itu terus meninggalkan RNR Temerloh sebaik sahaja menyedari gambarnya dirakam.

Khaidir menimbulkan kemusykilan, mustahil tidak satu pun pasukan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis peronda lebuhraya menyedari dan tidak nampak lori balak sebesar itu.

Namun, pada hantaran tersebut beliau tidak menyatakan dengan jelas isu yang dipersoal melibatkan pihak mana.

Akibat hantaran itu, berbagai komen dan kecaman telah dibuat oleh netizen yang mempersoalkannya.

Rata-rata hairan bagaimana pihak berkuasa tidak menyedari perkara berkenaan.

Namun, pada posting itu juga terdapat seorang netizen bernama Maliqmiza Morad yang mendakwa kayu yang dibawa sudah dicukai dan negeri Terengganu tidak bercuti pada hari Ahad.

Turut dimuatnaik surat perlepasan cukai untui menbawa kayu-kayu terbabit.

Beliau menggesa jika Khaidir tidak berpuas hati dia boleh terus tangkap pemandu berkenaan.

Hantaran beliau mendapat berbagai reaksi berbeza dari kalangan netizen yang lain. Mungkin kerana isu yang dipersoalkan ialah kayu balak bersaiz besar yang dibawa keluar dari hutan simpan. Tidak kurang juga yang menghentam Khaidir Ahmad atas alasan beliau membuat fitnah isu ini.

Walau apa yang terjadi, tidak salah seorang aktivis alam sekitar mempersoalkan aktiviti lori balak yang membawa kayu-kayu yang tidak diketahui sumbernya.

Apa pun, pihak berkuasa terutamanya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang digesa menyiasat aduan awam ini agar tidak mengelirukan semua pihak. #pahangdaily


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.