script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pelaksanaan PKP Di Kawasan Terbabit Susulan Berlaku Peningkatan Jangkitan Covid-19


PUTRAJAYA - Kerajaan akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak selama 14 hari bermula 10 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata ia membabitkan seluruh daerah Kuantan, Pahang, mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor, Tanjong Rambutan, Pengkalan Hulu dan Belukar Semang, di Perak.

PKP turut dikenakan di tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang membabitkan Timur Laut, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara, serta Mukim 14, Seberang Perai Utara.

Katanya, pelaksanaan PKP di kawasan terbabit susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

“Pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memudahkan KKM melaksanakan tindakan pengawalan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya.

PKPD di beberapa kawasan di Pahang

Ismail turut memaklumkan, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di beberapa kawasan di Pahang bermula 10 Mei selama 14 hari.

Ia membabitkan Kampung Meripoh, Kota Bahagia, Muadzam Shah, di Rompin, Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin.

Sementara itu, PKPD di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, dan Bandar Sri Indah serta Kampung Titingan, Tawau, Sabah ditamatkan bermula esok. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.