script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Keputusan 'Semakan Kehakiman' Tiga Individu Cabar Lanjutan Lesen Lynas Pada 28 Julai Ini !

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Julai untuk keputusan permohonan semakan kehakiman tiga individu yang mencabar keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas anggota Jemaah Menterinya melanjutkan lesen Lynas Malaysia Sdn Bhd., selama enam bulan.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi berkata Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili pemohon dan 31 responden pada prosiding dalam talian hari ini.

Semakan kehakiman itu difailkan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas, Tan Bun Teet, serta dua penduduk Kuantan, Ismail Abu Bakar dan G Ponusamy pada 8 Nov 2019 selaku pemohon.

Kesemua mereka diwakili peguam Gopal Sri Ram, Dinesh Athinarayanan dan Saha Deva.

Ahmad Hanir pula bertindak bagi pihak responden pertama, Mahathir serta 27 anggota Jemaah Menteri ketika itu yang merupakan responden kedua hingga ke-28, kerajaan Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Lynas diwakili peguam Cecil Abraham dan Sunil Abraham.

Pada 8 Jan tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada tiga individu terbabit untuk memulakan prosiding permohonan semakan kehakiman itu.

Tiga individu terbabit antara lain memohon deklarasi untuk membatalkan keputusan Mahathir serta 27 anggota Jemaah Menterinya pada 15 Ogos 2019 untuk membenarkan operasi kilang pemprosesan nadir bumi itu dilanjutkan selama enam bulan.

Pemohon pertama iaitu Tan, juga memfailkan bantahannya kepada penaksiran kesan persekitaran dengan menunjukkan berlaku pelanggaran syarat lesen, selain pencemaran air bawah tanah seperti yang ditunjukkan dalam laporan Jawatankuasa Penilaian Eksekutif. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.