script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kuarters Pekerja Lombong Sungai Batu, Raub Di Kenakan PKPD Berkuat Kuasa 14 - 27 Mei !

 

PUTRAJAYA – Kuarters pekerja lombong di Sungai Batu, Raub Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 14 hingga 27 Mei.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD ini bertujuan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan awal termasuk mengesan kontak rapat.

“Pada 11 Mei lalu, KKM telah mengesan kes baharu melibatkan pekerja lombong warga India di Lombong Sungai Batu.

“Sehingga hari ini, KKM telah melakukan ujian saringan melibatkan 50 orang pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, tiga lokasi iaitu dua di Sarawak dan satu di Sabah ditamatkan PKPD pada esok dan lusa.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Sagah, Sarawak; Sekolah Menengah Kebangsaan Melegu, Sarawak dan Kampung Skim Cocos, Sabah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di SMK Melugu pada 13 Mei ini manakala Kampung Sagah dan Kampung Skim Cocos akan ditamatkan pada 14 Mei ini,” jelasnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.