script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Di Gesa Siasat Pelanggaran SOP Libatkan Pemimpin 'Bersatu' Bahagian Pekan Semalam !

KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) hari ini menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat aduan berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP)  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan seorang pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Pekan semalam.

Terdahulu, tular satu video dan gambar berkaitan insiden berkenaan di media sosial yang jelas sekali menunjukkan berlakunya satu majlis meraikan sambutan hari raya Aidil Fitri yang melibatkan pemimpin berkenaan. 

Presiden PSAP,  Haslihelmy DM Zulhasli dalam satu hantaran di facebook beliau mendakwa  rakyat marhaen mahu beraya ke rumah jiran sebelah pun merasa takut dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tiba-tiba ada pula pihak sewenangnya berbuat demikian tanpa rasa bersalah.

Difahamkan, pemimpin muda yang terlibat adalah merupakan Ketua Armada BERSATU Bahagian Pekan yang dikenali sebagai Iqbal Adzrin.



"Siapa Ketua Armada Pekan? Saya mendapat makluman beliau melanggar SOP? Janganlah berlagak sangat mentang-mentang abah kau kerajaan pada hari ini...Saya mohon PDRM menyiasat perkara ini..Janganlah berlagak bodoh sombong sangat, Kami rakyat marhaen ni nak pergi rumah jiran sebelah pun takot..Kau sedap2 je ye," kata kenyataan Haslihelm

Kenyataan beliau itu dibalas oleh pemimpin terbabit, yang memohon maaf atas kesilapan tersebut.


Tindakan pemimpin terbabit adalah tidak wajar sama sekali. Mana mungkin beliau boleh tidak ikuti perkembangan semasa, hingga langsung tidak tahu majlis rumah terbuka dan ziarah Aidil Fitri adalah tidak dibenarkan pada waktu PKP sekarang ini.

Justeru, pihak polis digesa menjalankan siasatan terhadap insiden ini agar semua pihak akur dan hormat kepada undang-undang dan SOP yang telah ditetapkan.  #PahangDaily


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.