script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Armada BERSATU Pekan Serah Diri Ke Balai Polis, Akui Akur Kesilapan Langgar SOP

PEKAN - Susulan tular  isu seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pekan telah melanggar SOP,  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri semalam, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan petang tadi.

Laporan dibuat oleh pemimpin terbabit iaitu Ketua Armada BERSATU Bahagian Pekan, Iqbal Adzrin. Menerusi satu posting terbaharu di laman facebook beliau. Iqbal dengan rela hati bersedia diambil tindakan oleh pihak polis dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

"Semalam telah tular mengenai saya ketua armada pekan langgar sop aidilfitri... Selepas apa yang telah tular hari ini saya dengan rela hati telah hadir ke IPD Pekan untuk menerima apa sahaja tindakan yang akan di ambil oleh pihak berkuasa terhadap diri saya...  Saya sedia memberi kerjasama dan akur dengan kesilapan yang telah saya lakukan..."

" Oleh kerana terleka disaat tibanya aidilfitri saya terlepas pandang sop yang telah ditetapkan...Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang tak terlepas dari salah dan silap... Kami semua yang telah diviralkan itu adalah satu team yang selalu bersama didalam perniagaan kepak ayam madu sepanjang bulan ramadhan di chini... di kalangan kami tiada yang dari daerah yang berlainan(orang luar)... Walau apapun kami akur terhadap tindakan yang akan dikenakan...Ampun dan maaf dipinta dan selamat hari raya," kata kenyataan beliau.

Iqbal juga turut memuat naik tangkap layar facebook Pahang Daily Online (PDO) berkiatan perkara ini.

Terdahulu, Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menggesa pihak polis menyiasat isu ini  berikutan penularan video dan gambar Iqbal sedang meriakan Aidil Fitri bersama rakan-rakannya.

Umum mengetahui bahawa ketika PKP tiada mana-mana pihak dibenarkan mengadakan majlis rumah terbuka, hatta menziarahi rumah saudara-mara atau jiran terdekat.

SOP berkenaan telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang dipimpin oleh Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan Iqbal yang merupakan Ketua Armada parti itu di Pekan sepatutnya cakna tentang kepatuhan SOP ini.

Apa pun tindakan beliau menyerah diri kepada pihak polis, memohon maaf dan akur dengan tindakan yang akan diambil sesuatu yang terbaik bagi pemimpin muda sepertinya. Ramai netizen yang memuji tindakan beliau itu.

Moga apa yang berlaku ini, dapat memberi pengajaran kepada semua pihak. Tindakan tegas termasuk kompaun perlu dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan. #PahangDaily


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.