script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Lokaliti Di Pahang Dan Sabah Kena PKPD, Sebanyak 551 Individu Di Tahan Langgar SOP !

 

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di tiga lokaliti berbeza masing-masing dua di Pahang dan satu di Sabah secara serentak mulai 17 hingga 30 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya ialah Kampung Sungai Langgas, Daerah Kunak, Sabah berikutan trend peningkatan ketara dengan 17 kes positif di lokaliti itu.

Kata beliau, turut sama dikenakan PKPD ialah di Kampung Paya Teh, Daerah Jerantut dan Seri Kemunting, Daerah Kuantan ekoran kadar kebolehjangkitan tinggi dengan masing-masing seramai 35 individu dan 16 individu disahkan positif di kedua-dua lokaliti itu.

“PKPD di dua buah rumah panjang di Bukit Dinding-Bergerik, Bahagian Mukah, Sarawak yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan lagi sehingga 23 Mei ini meliputi Rumah Panjang Jali Anak Empaling dan Rumah Panjang Lanyau Anak Tuli susulan penularan masih berlaku dengan kes baharu direkodkan.

“Bagaimanapun, lapan buah rumah panjang di bahagian sama negeri itu berakhir esok dengan lima daripadanya tamat lebih awal melibatkan Rumah Panjang Belayong, Rumah Panjang Muda, Rumah Panjang Tepi, Rumah Panjang Minggu dan Rumah Panjang Undom di Jalan Bukit Balingian.

“Baki tiga lagi ujar beliau iaitu Rumah Panjang Luni, Rumah Panjang Manna dan Rumah Panjang Nelson Chuat pula berakhir seperti yang dijadualkan sebelumnya iaitu pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak ketinggalan ditamatkan PKPD tambah Ismail Sabri lagi, ialah penghuni Apartment Meranti, Midhill Apartment, Ramin dan Vista Residence di Karak, Daerah Bentong, Pahang.

Sementara itu, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari kedua Aidilfitri di seluruh negara semalam menyaksikan 551 individu dicekup semalam berbanding cuma 292 individu diberkas kelmarin.

“Daripada jumlah itu, 519 dikompaun manakala 32 lagi direman dengan kes tertinggi masih lagi gagal merekod butiran atau daftar masuk premis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes itu ujarnya, malah mencatatkan lonjakan kepada 124 kes diikuti tidak patuh arahan PKP (101), gagal jarak fizikal (92), tiada pelitup muka (80), rentas kawasan (80) dan lain-lain (151).

“Dua pendatang asing tanpa izin juga ditahan dan dua kenderaan darat disita semalam selain sebanyak 78 buah bot atau kapal dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui enam aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 862 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.