script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Kematian Haziq Akibat Komplikasi Saluran Darah Jantung Tersumbat, Bukan Sebab Vaksin

 

KUALA LUMPUR - Kematian mengejut atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin, 27, disahkan akibat komplikasi saluran darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik dan Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zahari Noor berkata, maklumat itu diperoleh hasil bedah siasat mayat di Hospital Kajang.

Katanya, sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

"Kes disiasat oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang di bawah laporan kematian mengejut (SDR) dan arahan bedah siasat dikeluarkan untuk menentukan punca kematian.

"Proses bedah siasat selesai dilakukan selepas calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif.

"Walaupun hasil bedah siasat sudah diperoleh, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal," katanya.

Haziq menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi Jumaat selepas dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kajang.

Jenazah dibawa pulang ke Melaka dan disembahyangkan di Surau al-Taqwa, Taman Koperasi sebelum disemadikan di Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau pada 1.40 pagi tadi.

Pengebumian jenazah atlet itu hanya dihadiri keluarga terdekat itu dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan adalah balu Allahyarham, Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Haziq pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.

Beliau juga banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pemanah berasal dari Johor itu dikatakan sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.