script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jamal Nasir Harap Semangat Skuad Juara 1983 Bersama Sri Pahang FC Pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia

KUANTAN: Pasukan Sri Pahang FC terbukti berada di landasan sebenar apabila melangkah ke final Piala Malaysia 2024/2025, sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun selepas kali terakhir memenangi piala berprestij itu pada 2014.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, hanya ucapan tahniah dihadiahkan pada pasukan Tok Gajah yang membuktikan keupayaan sebenar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurutnya, walaupun tidak banyak diberi harapan sebelum ini, dengan semangat dan kesungguhan tinggi pemain akhirnya membolehkan mereka ke final piala berprestij itu.

"Sebagai bekas pemain Pahang, saya yakin kita mampu menamatkan kemarau 11 tahun dan bawa semula Piala Malaysia pulang ke Pahang Darul Makmur.

"Semangat 1983 ketika buat pertama kali Pahang menjulang Piala Malaysia perlu ada dalam pasukan Pahang pada perlawanan akhir menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) nanti.

"Berbekalkan kesungguhan tinggi pemain tidak mustahil kejayaan berpihak pada skuad bimbingan jurulatih, Fandi Ahmad itu," katanya ketika dihubungi.

Mengimbau sejarah manis mendakap Piala Malaysia 42 tahun lalu, beliau berkata, ketika itu Pahang dibimbing jurulatih Frank Lord dan bertemu Selangor di final yang menewaskan Pahang menang 3-2.

Beliau berkata, kini terpulang kepada pemain untuk menterjemahkan peluang yang terhidang dan tiada yang mustahil untuk melakukan kejutan.

"Saya doakan Sri Pahang berjaya pada percubaan kali ini dan yakin kemenangan mampu berpihak pada Tok Gajah dengan syarat pemain turun dengan penuh semangat selain mengikut percaturan jurulatih.

"Pada masa sama, peminat setia Pahang diharap tampil memberi sokongan pada perlawanan akhir itu nanti," katanya. #HarianMetro


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.