script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengasas 99 Speedmart, Lee Thiam Wah Kini Muncul Sebagai Orang Ketujuh Individu Paling Kaya Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah muncul sebagai antara 10 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan RM17.6 bilion, menurut Senarai Individu Terkaya Nanyang Siang Pau 2024.

Kekayaan Thiam Wah yang memegang 83 peratus kepentingan dalam 99 Speedmart melonjak selepas penyenaraian awam permulaan (IPO) syarikat itu pada tahun lalu.

Hasil penyenaraian itu menjadikan Thiam Wah sebagai individu ketujuh terkaya di Malaysia.

Thiam Wah kini sebaris dengan hartawan lain yang kembali tersenarai seperti Datuk Leong Kok Wah dan Tan Sri Ong Leong Huat, serta pendatang baharu Datuk Seri Tan Run Chuan.

Kebanyakan hartawan itu mendapat manfaat daripada prestasi kukuh pasaran saham Bursa Malaysia pada 2024.

Prestasi luar biasa Bursa Malaysia pada tahun lalu secara langsung telah meningkatkan kekayaan ramai tokoh industri.

Beliau juga berada dalam kelompok individu berpengaruh seperti pengasas dan pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, yang menduduki tempat kelapan dalam Senarai 50 Individu Terkaya Forbes Malaysia dengan nilai kekayaan AS$2.4 bilion, serta hartawan Genting Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay, dengan AS$2.2 bilion.

Kejayaan luar biasa Thiam Wah menjadi bukti semangat keusahawanannya dan wawasan perniagaannya yang strategik.

Dilahirkan pada 1957 di Klang, Selangor, Thiam Wah mengatasi pelbagai cabaran dalam hidupnya untuk membina empayar peruncitan yang berjaya.

Thiam Wah diserang polio ketika bayi, menyebabkan beliau kehilangan keupayaan untuk berjalan.

Kekangan kewangan menyebabkannya hanya mampu menamatkan pendidikan sehingga sekolah rendah.

Namun, semangat juangnya tidak pernah luntur.

Ketika remaja, beliau mula berniaga makanan ringan di tepi jalan untuk menyara diri, inisiatif awalnya dalam dunia keusahawanan.

Pada 1987, di usia 23 tahun, Thiam Wah menggunakan hasil simpanannya daripada perniagaan kecil-kecilan untuk membuka sebuah kedai runcit bernama Pasar Raya Hiap Hoe di Klang.

Menyedari potensi besar pasar raya mini, beliau menjenamakan semula perniagaannya pada 1992 sebagai Pasar Mini 99, dengan strategi harga mampu milik, jualan volum tinggi, lokasi strategik, dan pengurusan logistik yang cekap.

Antara tahun 2000 hingga 2003, Thiam Wah memacu rancangan pengembangan agresif dengan membuka lapan cawangan di Klang.

Kedai-kedai itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai 99 Speedmart, melambangkan pertumbuhan pesat syarikat.

Kini, 99 Speedmart mengendalikan lebih daripada 2,600 cawangan di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 3,000 cawangan menjelang 2025.

Syarikat itu juga merancang untuk mengembangkan operasinya ke Indonesia dan Thailand, memperkukuh kehadiran serantaunya.

Pada 9 September 2024, 99 Speedmart disenaraikan di Bursa Malaysia, menjadi IPO terbesar dalam tempoh tujuh tahun sejak penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding Bhd pada 2017, dengan harga IPO RM1.65 sesaham.

Dalam tempoh hanya empat bulan, harga saham 99 Speedmart melonjak hampir 50 peratus, menutup 2024 pada RM2.47 berbanding harga IPO. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.