script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Pahang Luluskan Peruntukan RM2 Juta Bagi Menggerakkan Sekretariat Muafakat Felda Di Negeri Ini


KUANTAN: Kerajaan Negeri mengambil serius berkaitan keperluan penempatan atau perumahan generasi Felda di Negeri Pahang dengan melaksanakan tiga agenda penting kepada golongan FELDA di negeri ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata langkah pertama Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM2 juta bagi menggerakkan Sekretariat Muafakat Felda Pahang bermula tahun ini.

Menurutnya sekretariat tersebut berfungsi menyantuni anak-anak Felda bukan sahaja di luar Pahang tetapi juga anak-anak Felda yang berada di negeri ini tetapi tinggal luar kawasan Felda mereka.

“Saya percaya, dengan adanya sekretariat ini kita dapat menggerakkan lebih banyak inisiatif yang bermanfaat kepada generasi Felda, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga sosial.

“Malah, sekretariat ini juga ditubuhkan dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan warga Felda, serta menjadi platform bagi warga peneroka menyuarakan hasrat mereka kepada kerajaan negeri untuk kita sama-sama bermuafakat dan menyelesaikannya,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika kepada media sejurus Perasmian Majlis Konvensyen Sekretariat Muafakat Felda Pahang Tahun 2025 di Auditorium RTM Pahang di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata dengan adanya Sekretariat Muafakat Felda Pahang ini mampu menghadapai pelbagai cabaran serta merealisasikan impian membina sebuah komuniti Felda yang lebih dinamik dan sejahtera.

Dalam pada itu katanya kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan Felda akan melaksanakan Projek Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) dan sehingga 31 Disember 2024, pihak Felda telah selesai menjalankan kerja ukur tanah yang melibatkan 63 rancangan Felda selurih negeri ini.

“Bagi Fasa 1 STRFP, sebanyak 16,035 Lot rumah akan ditawarkan kepada generasi baharu Felda yang layak di seluruh negeri Pahang.

“Selain itu Kerajaan negeri telah memberikan sebanyak 96 peratus suratan hak milik Felda kepada semua peneroka terlibat dan bakinya akan diselesaikan,” tambahnya.

Selain itu Kerajaan Negeri juga bersetuju menyediakan dana sejumlah RM500,000 Program Pembangunan Usahawan Generasi Felda melalui Program Usahawan Makmur. #MalaysiaGazette


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.