script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd, Dialog Malic Acid Sdn Bhd menghentikan projek asid maliknya di Gebeng, Pahang, dengan jumlah perbelanjaan modal yang ditanggung sehingga kini sebanyak RM90.7 juta dihapus kira pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Dialog dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata bahawa anak syarikat itu telah mendapat kelulusan lembaga pengarah untuk menghentikan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan projek asid malik di Kompleks Bahan Kimia BASF Petronas.

Pada 2023, Dialog mengambil keputusan untuk melabur dalam loji kimia khusus hiliran yang menghasilkan asid malik di Kuantan.

Ia berkata sejak September 2023, harga asid malik di seluruh Asia Tenggara menurun sebanyak 20 hingga 30 peratus, terutamanya disebabkan oleh lebihan bekalan.

Di samping itu, ketidaktentuan yang berterusan dan pasaran bahan kimia global yang mencabar, serta persekitaran makroekonomi yang tidak menentu, menyebabkan Dialog membuat keputusan strategik untuk menghentikan projek ini.

"Penamatan projek itu akan menjejaskan pendapatan kami pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025," katanya.

Bagaimanapun, ia tidak dijangka mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih, penggearan, modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang utama Dialog untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.