script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Sahkan Sudah Selesai Merakam Percakapan Wanita Dakwa 'Bakal Isteri' Tengku Mahkota Pahang

KUANTAN: Polis mengesahkan sudah merakam percakapan seorang wanita mendakwa akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada April depan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya kini dalam dalam proses melengkapkan siasatan terhadap wanita berusia 38 tahun dikenali sebagai Faridah Daud.

"Kita berjaya kesan wanita ini di Perak dan percakapannya sudah dirakam.

"Setakat ini, siasatan berada di peringkat akhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Bagi Februari Tahun 2024 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Perkarangan IPK Pahang di sini pada Selasa.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 17 Disember lalu, Yahaya meminta Faridah hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya.

Terdahulu, Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang dengan mana-mana individu pada April 2025.

Hantaran dimuat naik Faridah Daud di Instagram mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai sebelum tindakan siasatan dijalankan.

Menurut hantaran di laman sosial Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, Istana Pahang beberapa kali mengesan hantaran fitnah dimuat naik individu sama. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.