script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Terima Menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar Di Istana Abdulaziz

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Abdulaziz, di sini, semalam.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Shamsul Azri berkata, beliau meneliti setiap pesanan Sultan Pahang mengenai penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam dan bertekad untuk melaksanakan yang terbaik dalam memastikan Reformasi Perkhidmatan Awam berjalan lancar.

Beliau turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan pemerintahan serta terus menaungi rakyat dengan kasih sayang dan kebesaran jiwa.#AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.