script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Liga Super: Selangor FC Raih Kemenangan 2-0, Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang FC

PETALING JAYA: Dendam Selangor FC terhadap Sri Pahang akhirnya berjaya dilunaskan apabila meraih kemenangan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, sebentar tadi.

Sebelum ini Tok Gajah menang 3-2 secara agregat untuk menyingkirkan Selangor FC di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia.

Bagaimanapun, kemenangan kali ini seakan berpaksikan kepada nasib ketika dua percubaan terbaik Sri Pahang terkena tiang sekaligus membolehkan Selangor FC mengesahkan tiga mata berharga.

Seawal minit ke-14, bintang import Selangor FC, Ali Olwan mempamerkan kualiti individu menarik apabila berjaya melepasi kawalan empat pemain lawan sebelum melakukan lencongan rendah yang menewaskan penjaga gol pelawat, Zarif Irfan Hashimuddin.

Gol pembukaan itu nyata menyuntik semangat Red Giants dan minit ke-39, giliran Ronnie Fernandez menyerlahkan ketenangan dengan memperdayakan seorang pertahanan sebelum merobek gawang lawan buat kali kedua.

Kira-kira 11 minit selepas aksi bersambung, gawang Sri Pahang bocor buat kali ketiga namun bernasib baik apabila pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin membatalkan jaringan Olwan apabila terlebih dulu mengesan bola terkena tangan Quentin Cheng.

Tiang gol seakan menjadi ‘hero’ buat Selangor FC apabila menafikan dua percubaan terbaik Sri Pahang, masing-masing menerusi Mykola Ahapov pada minit ke-61 dan Kpah Sherman, minit ke-65.

Ketika pelawat makin menggandakan asakan, Selangor FC pula dilihat sudah selesa dengan dua gol dan mula bermain secara selamat dan cuba memperlahankan tempo permainan.#Kosmo!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.