script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Bandaraya Kuantan Sita 40 Ekor Ayam Yang Diternak Secara Haram Di Sebuah Taman Perumahan

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyita 40 ekor ayam yang diternak secara haram di sebuah taman perumahan di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Nor Hayatul Huda Othman, berkata struktur reban dan sangkar besi yang dibina tanpa kebenaran oleh seorang penduduk turut dirobohkan dalam operasi itu.

Beliau menjelaskan tindakan penguatkuasaan diambil susulan tiga aduan diterima daripada penduduk sekitar mengenai gangguan kejiranan akibat penternakan ayam berkenaan.

“Sebelum ini, MBK sudah mengeluarkan notis untuk menghapuskan kacau ganggu terbabit tetapi hasil semakan dan susulan mendapati pemilik reban ayam berkenaan gagal mematuhi notis yang dikeluarkan.

“Oleh itu, pihak majlis melaksanakan operasi melupuskan ayam ternakan dan merobohkan struktur reban ayam terbabit mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah bahawa operasi itu melibatkan 38 anggota MBK dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Veterinar Pahang.

“Tujuan operasi ini dijalankan ialah memberi peringatan kepada masyarakat, khususnya individu, supaya tidak melakukan kacau ganggu dan melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. #BuletinTV3

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.