KUANTAN, 29 April - Peniaga tempatan di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap pihak TV3 yang menghalang mereka berniaga sepanjang program karnival Jom Heboh anjuran syarikat televisyen swasta itu. Mereka terkilan kerana pihak TV3 telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan apabila membina beberapa buah khemah (Kanopi) ditapak yang dikhaskan untuk peniaga tempatan. "Kenapa TV3 tergamak menghalang kami berniaga di sini, sedangkan mereka sudah mengaut keuntungan besar dengan penganjuran program Jom Heboh itu. Mereka sudah mendapat penaja-penaja untuk membeli booth yang disediakan", kata seorang peniaga. "Kami ingin menumpang mencari rezeki ketika program ini kerana kehadiran orang yang ramai. Apa salahnya kami peniaga tempatan diberi peluang juga untuk sama-sama memeriahkan acara ini", katanya lagi. Program karnival Jom Heboh TV3 tahun ini seperti biasa telah diadakan di Padang MPK 2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur dekat sini. Tapak yang menjadi pertikaian ialah kawasan letak kereta utama padang terbabit. Difahamkan, pihak TV3 menyewa separuh daripada kawasan terbabit untuk dijadikan kawasan letak kereta VIP dan separuh lagi adalah kawasan tapak niaga yang telah diluluskan oleh sebuah syarikat tempatan. Namun apa yang menjadi masalah ialah syarikat yang menguruskan gerai jualan untuk TV3 iaitu Prima Event Management telah mendirikan beberapa buah kanopi di kawasan tersebut tanpa izin (tiada permit). Ini menyebabkan berlaku kekecohan antara kedua-dua syarikat terbabit. Operasi merobohkan kanopi Prima Event telah dilakukan oleh Penguatkuasa MPK pada Rabu. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Prima Event dan menggunakan orang TV3 untuk menghalangnya. Kanopi mereka telah dipindahkan di kawasan bahagian dalam Padang MPK 2 iaitu berhadapan dengan pejabat Briged Budaya (Padang Futsal).
Siapa Berkuasa, YDP Atau Pegawai Penguatkuasa
Sementara itu, wakil TV3 yang ditemui menegaskan tapak tersebut telah disewa keseluruhannya oleh pihak mereka. "Dalam mesyuarat dengan pihak MPK telah dimaklumkan tiada gerai jualan disediakan untuk penganjur lain selain TV3. Maka itulah kami mendirikan beberapa buah gerai jualan di kawasan terbabit. Namun kami hairan apabila Penguatkuasa MPK sendiri yang bertindak merobohkan gerai-gerai tersebut dan mengarahkan kami berpindah ke bahagian dalam", katanya. "Tindakan kasar dan biadap pegawai Penguatkuasa MPK amatlah tidak wajar kerana kami adalah penganjur utama sedangkan pihak yang berkenaan dipercayai tidak mendapat permit untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan itu. Kami terkilan apabila pihak MPK juga turut merampas (pagar besi) yang digunakan untuk tujuan keselamatan di kawasan terbabit. Perkara ini telah dibawa kepada pihak atasan, lantaran itulah kami tidak hairan pihak terbabit akhirnya memulakan kembali barangan tersebut selepas itu", kata beliau lagi. Tinjauan kami semalam mendapati memang benar gerai-gerai jualan TV3 terpaksa masuk ke dalam kawasan Padang MPK 2 dan berada di atas Padang Futsal. Ini sesuatu yang sungguh memalukan semua pihak sebenarnya. Malah, dalam hal ini jelas sekali penguatkuasa MPK menggunakan kuasa mereka untuk memindahkan kanopi terbabit tanpa kerealaan peniaga terbabit. Persoalannya siapa lebih berkuasa antara Yang Dipertua atau pun Pegawai Penguatkuasa agaknya?.
[Kekecohan juga berlaku hingga menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak telah melibatkan campurtangan pihak atasan. Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob (foto), dipercayai berada di Putrajaya ketika kejadian dan beliau berjanji akan menyelesaikan pertikaian tersebut selepas pulang ke Kuantan. Isu ini khabarnya sudah sampai ke pengetahuan pihak Kerajaan Negeri Pahang dan juga pihak pengurusan TV3 sendiri. Suasana tegang ketika operasi perobohan gerai menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa MPK itu. Jom Heboh TV3 akan bermula pada 30 April hingga 1 Mei ini. Berdasarkan rekod terdahulu, memang ada gerai jualan untuk peniaga tempatan disediakan oleh pihak MPK. Namun, pada tahun ini khabarnya ia tidak dibenarkan kononnya ia mengganggu lalulintas dan menimbulkan kesesakan jalanraya yang ketara. Namun tidak diketahui ia atas arahan MPK atau pun pihak TV3 sendiri. Apa yang berlaku ini haruslah dijadikan ikhtibar oleh kedua-dua belah pihak. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dalam laporan eksklusif bergambar].

15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Adeh...
Handphone untuk orang buta
tv 3 siapa, peniaga kecil siapa, dan siapa yg menaikan mereka... kita juga.. jadi yg berniaga kecilan tu sedarlah diri, cari tempat lain kalau nak berniaga, jangan cuba nak kacau gergasi. pendek kata, sendiri buat sendiri tanggung... ha..ha..ha
ni baru betul-betul heboh...kah.kakh.kah
biasalah orang kecil, selalunya dipandang sebelah mata sahaja.
lawan tetap lawan,
jangan peduli........
Salam.. Untuk pengetahuan umum.. Perbincangan awal mmg terdapat khemah di kawasan tersebut dan pihak tv3 telah menyewa kawasan tersebut .. Atas kepentingan peribadi di pihak mpk.. Pengajur utama telah diketepikan .. Dan penjaja luar di beri keutamaab oleh pihak mpk.. Dimanakah kredibiliti mpk .. Drama rampasan barricade tersebut tidak sepatutnya berlaku.. Kerana perbincangan secara adil oleh pihak atasan tidak berlaku.. Pihak tv3 terasa dianiayia.. Persoalanya .. Adakah pegawai mpk mempunyai personal interest tentang perkara ini.. Pihak atasan diminta siasat perkara ini.. Banyak bukti bergambar telah diterima .. Sekian..
salam, sebagai rakyat pahang sy merasa amat hairan di mana keutamaan anak anak pahang utk berniaga. walaupun kami peniaga kecil, kami tetp insan yg bergelar manusia yg dimana memerlukan mkn dan minum. kami semua mencari rezeki yg halal. bg pihak MPK hanya mementingkan status dan kuasa. apa semua nie akan berterusan utk selamanya ker....? fikir dan renung, jgn tau dudk goyang kaki.
kepada YDP kuantan. ini semuaa alasan basi la. asal ada masalah itu lh salah satu cara mengelakkan dri. sy tau sgt status dato mcm mn.. sy kerja sama ngn department dato... jgn trlalu memandang wang ringgit buruk padahnya...
rajin rajin kan dri bertemu rakyat. kakitangn dato sema kaki telah WANG...
renug2 kan
salam sejahtera.. utk makluman rakyat pahang.. sy bkn nk menyokong mana2 pihak. sepatutnya kejadian ni dpt di elakkan sekiranya dato tidak boleh lepas tngan akan perkara ini. perkara ini boleh dielakkan dari awal sekiranya dato rezabkan utk peniaga tempatan. bg mengelakkan kejadian perebutan antara peniaga tempatan pula dato boleh keluarkan tender kepada sesiapa yg bermnat..
ini adalah antara langkah mudah yg sy nmpak. tp apa yg pasti dato suka rakyat tempatan berpecah belah
sudah la dato..
jgn bg alasan ckp ada di putrajaya.
sy salah seorang penganjur memng sgt tak puas hati. sekiranya lah peniaga tempatan pn akan dpt lokasi yg direzabkan, dato hanya pentingkan kroni dato. dato jgn ingt zaman sekarang sema org bodoh. zaman sekarng sema org dh celik. asal nama kerabat jek boleh baut apa saja kan. jd apa guna adanya rakyat pahang nie hidup dn cari mkn dicni kalu sema dato nk bg dia. sekali skala bg rkyat rsa jugak. byk ker dapat suapan dato? samapai dh bg tv3 kamu boleh bg kerabat pahang... hebat.. dunia sekarng demokrasi. bkn kuku besi...
salam sejahtera, apa yg saya ingin katakan disini bahawa, bagi diri saya lah bukan senang untuk mencapai tahap kedudukan dato sekarang. tahap yang dimana semua orang memandang dan sanjung akan kedudukan tersebut. kepada dato juga lah rakyat pahang dapat cari makan. tapi apabila dah terjadi macam ini, mana maruah dato? mana kredibiliti dato yang di sanjung dan di gahkan? dato tidak rasa malu akan perkara ini. alasan yang dato bagi tidak logik sama sekali. sekiranya dato sedang bertugas di putrajaya sekali pun, dato masih ada kemudahan perhubungan. jd apa yang hendak tekan kan disini bahawa, jangan sekali kali bodohkan rakyat yang amat sanjungi dato. sekian..
dato xde handphone
kakaka
mcm mn lah dato x bolh tau..
pirah
sudah2 la bodo rakyat
trutama dri sendri dato..
harap rupa jek lawa
otak xde...
apa sema nie?
dato yg x sekolah?
atau rakyat yg trlalu pandai...?
kekekeke
kalau betul betul gentleman
kelaur la turun padang
jangan duduk bertenggek dekat rumah jek
kite nie sedap komplain aje la.... buat la perubahan akan datang nie....
cakap berdegar-degar pun takde apa juga.... kite mengumpat deme, pahala boleh ke deme....
baik diam aje la.... tunjukkan dengan kuasa rakyat skit nanti... pilihanraya kan ada, ubah la mane boleh ubah....
deme yang owk kate tu terima arahan je... naye la kalau gitu... jangan salohkan deme semata-mata...
keh tak sokong peniaga, tak sokong tv3, tak sokong mpk pun....
org gomen ni keje menurut perintah... owk seme kena la paham... cuba owk seme duk dlm kasut deme2 ni... abis2 nye same juge...
salam.....
Post a Comment