Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


April 29, 2011

Panas: Dedahkan Video Seks Tanpa Edit, Langkah Terdesak Untuk Bantu Yakinkan Rakyat Tehadap Eskay Yang Mahu Buat "Sumpah Laknat" Hari Ini

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh "Trio Datuk T" semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini. Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia. Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut. Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah "tulen". Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.


Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya
Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan "politik lucah" demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya. Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Miecyber said...

Konspirasi makan tuan...

Handphone untuk orang buta

HAJI YUSOF BIN ABD RAHMAN said...

Dah tiba ketikanya..PERANG MEDIA..dilancarkan...pasal BN dah sekongkol dgn Dato T..POkLIS pun tak ambil tindakan...biarkan sahaja..maka blogger pro PR bangun..dan keluarkan segala VCD + foto lucah ..puak BN pulak..KUDA lawan KUDA..PEDANG lawan PEDANG..lucah lawan lucah..,jugak..AYOH bangun...

Anonymous said...

Terima kasih Umno,dgn pendedahan ini akn byk anak2 haram diseluruh msia nt'juga masalah2 sosial yg akn memusnahkn negara...terima kasih juga Umno sbb dpt memberi tiket kpd ahli2 umno utk menempah neraka.Umno parti sesat yg pasti akan keneraka jahanam.terima ksih Najib,anda memang hebat spt anda hebat membeli bini org dan berzina dgn artis di PD.

Anonymous said...

wa tatak helan,wa tatak takuk tapi wa punya nyalan mayak sangkuk-sangkuk..semua hitam lagi manyak ngelap...haiya ini celita tatak habis lagi kaa..itu bukti sudah ada maa..apa lagi mau tunggu incik polisi..kaa mau tunggu itu pak wan oder baru...wa kena tutup mata pun sudah tau ini celita talak betul punya maa..jangan kasi malu sama compeni maa..

Anonymous said...

Dalam filem, pengarah filem mampu mengubah apa saja rupa watak orang ternama didunia ini....contoh Hitler, John F Kennedy, Abraham Lincon,,,,dan sebagainya, tak caya tepuk kepala cuba tanya akal ?

Dalam filem Gandhi yang dilakonkan oleh aktor British Ben Kingsley beliau berjaya melakonkan serta membawa watak Mahatma Gandhi seorang pemimpin ulung asia yang berjaya membebaskan 350 juta rakyat India dari belenggu penjajahan British. Bagaimana klon Mahatmat Gandhi boleh ujud pada tahun 1982 mungkin Dato Eskay boleh jawab, filem ini dibikin pada 30 nov. 1982 di New delhi India?
copy & paste link kedalam web browser untuk tonton Gandhi:
http://www.imdb.com/video/screenplay/vi94569241/

Gandhi ori hidup dari 2 October, 1869 - 30 January , 1948. Duplicate Gandhi masih hidup lagi sekarang.
Ben Kingsley bukanlah orang India yang berkulit Hitam, beliau adalah orang British berkulit putih. Filem ini dilakonkan dalam warna penuh dan bukan hitam putih lagi kabur.

Dalam filem "Pornogram" arahan Dato 3 Abdul yang sekarang tengah hangat ditayangkan seluruh dunia begitu mendadak popularitinya, meninggalkan jauh filem-filem Box Office ternama arahan, Steven Spielberg mau pun Clint Eastwood.

Dengar khabar filem ini bakal dicalunkan untuk merebut hadiah "Grammy Award" kategory pengarah dan pelakun terbaik dalam tahun ini.
Satu majlis besar-besaran telah diadakan di masjid Amru Al As di Sentul KL sebagai penghormatan menghargai kejayaan julung-julung kali sebuah filem tempatan hasil usahasama Dato Eskay, Tan Sri Rahim Tambi Chik dan Dato Shuib Lazim.

Khabarnya juga filem ini juga telah berjaya menembusi kepasaran Global dan telah di alih bahasa ke bahasa Siam.
Sebelum ini hadiah berprestij hanya dimonopoli filem-filem dari Hollywood dan Bollywood sahaja.

Berkat usahasama gabungan 3T dalam pembikinan filem nampak sedikit unjuran filem-filem porno tempatan dan berdaya saing, bagi merebut tempat dalam ketegori pengeluar, pengarah dan pelakun terbaik dunia.

Dalam satu sessi bersama Media pemberita TV 3 melapurkan malam tadi, selebriti ternama turut juga dijemput menghadiri majlis tersebut. TAHNIAH

3 Abdul turut memberitahu dalam sidang media tersebut, mereka akan membuat satu sumpah laknat jika filem ini gagal menepati cita rasa penonton seluruh dunia.

Alhamdulillah untuk bersaing dalam pasaran dunia bukan lah perkara mudah maklum lah penonton hari ini mereka berdaya kreatif dalam membuat penilaian sesuatu filem. Komen-komen mereka juga mampu menaikkan atau menjatuhkan industri tersebut.

Dengar khabar juga ulamak besar dari jabatan perdana menteri turut mengalu-alukan upacara majlis tersebut esok. Bagus le tu doa ulamak selalu nya penuh kerbakatan.

Anonymous said...

Orang buat sumpah laknat, apa bezanya dengan orang buat solat hajat? Pasti ada sebab dan tujuannya.
Orang buat sumpah laknat...sebaiknya jangan diperlekeh atau dipandang remeh.
Dengan mata kepala, kita boleh pandang remeh, ketawa atau cemuh. Kita boleh kata ia satu langkah terdesak.
Tapi jangan lupa, ia juga dipandang dengan 'mata hati' oleh keseluruhan rakyat Malaysia, terutama yang berakidah. Dalam diam, orang boleh buat kesimpulan sendiri.

Anonymous said...

Jangan kita lawan politik lucah ini dengan lucah juga tetapi kita biarkan kelucahan mereka ini menjijikkan dan memberikan padah lebih buruk kepada mereka sendiri kerana kita perlu memegang kepada tali allah dalam menentukan kebenaran dan keadilan. Serahkan kepada allah berurusan dengan mereka dan tgas kita adakan solat hajat dan doa berterusan memohon perlindungan dari turun nya azab fitnah mereka itu dari terkena kepada kita pula.

Anonymous said...

pelik jugak zaman sekrg...sumpah laknat tak percaya dan dipandang remeh tapi 'Akuan Bersumpah'(yg byr RM4 tu diagung-agungkan DAN betul belaka)...w'pun ht rasa goyang tp ttp jgk menyakinkan diri sendiri itu bkn pemimpin kesayangan...sometimes kena ada rasa ragu dihati...

Anonymous said...

UMPORNO/BN, klu korang tak suka sgt ngan Anwar tu, tembak je laa bg mampus. Korang buat fitnah mcm2 buat rakyat Malaysia btambah meluat dgn korang. Ape la bahlul sgt!!~

Anonymous said...

Yang bahalul ialah orang yang bermatian bela anwar kononnya tak bersalah,

Anonymous said...

KITA PR BGMANA NAK TAYANG VIDEO LUCAH PUAK BN SBNYA KITA BUKAN MCM BN YG SANGGUP MENJATUHKAN SERTA MENFITNAH UMAT ISLAM DITANAH AIR YG DI PANGGIL 'MALAYSIA BOLEH'.....
KENAPA PM NAJIB SERTA MENTERI KABINET DAN MEDIA TIDAK MEMAINKAN ISU TENTANG HARGA BARANG YANG SEMAKIN NAIK WALHAL PUAK-PUAK BN SEDAR AKAN HAL INI......JADI SBGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG RENDAH SERTA KELUARGA YG RAMAI DIMANA HENDAK KAMI MENGADU?
PENCAPAIAN NKRA YG DIPERKATAKAN OLEH PM NAJIB UNTUK MENGHAPUSKAN KEMISKINAN DI MALAYSIA HANYALAH INDAH KHABAR DARI RUPA, SEMUA ITU HANYA JANJI JANJI MANIS PIHAK KERAJAAN DALAM MENGABURI MATA RAKYAT.

Anonymous said...

Bahalul punya Anon 4:05:00 AM.
Ini isu video lucah. Bukan isu harga barang naik.

Anonymous said...

anon 1800. enko pun bahalol jugak, lantak dialah nak komen apa, yg hang sakit hati watpe..

Anonymous said...

Anon 3:31:00 PM,
Engko pun sama bahalul. Yang engko gatal nak komen juga knape? Dah tak de kerja lain ke?

Anonymous said...

anon 1800. ko org berada boleh le..tak terasa barang naik..

Anonymous said...

Anon 9:54:00 AM,
Engko ni nak cakap fasal harga barang naik ke 'barang naik' ni? Kalau 'barang' langsung tak naik atau tak 'dinaikkan' apa jadi oi? Tak ke nanti orang yang tidur sebelah tu mengamuk? Lepas tu sampai bila Malaysia nak tambahkan jumlah penduduknya sedngkan tahun 2020 dah tak jauh sangat dah? Hahahahahah...jangan ambik hati ye, sesekali kita gurau2 tak salah kan....? PEACE NO WAR!


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter