Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


April 4, 2011

Video "Seks" Di Dedahkan, Persoalannya Kenapa Satu-Satunya Video Yang Ada Pada Datuk T Serta Pihak Polis Boleh Terlepas Ke Tangan Orang Lain

Adengan "video seks" panas yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula ditayangkan di laman Youtube oleh pihak berkenaan mulai tengahari tadi. Ia dipercayai telah diupload oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya The Power Cam. Maka, ramailah penyokong UMNO BN mula bersorak kononnya itulah dia bukti Anwar memang terlibat dengan kes tersebut. Persoalannya yang harus dijawab ialah kenapa individu terbabit boleh memuat turun video berkenaan pada hari semalam 3 April 2011 dari negara Thailand berdasarkan kepada tulisan pada skrin video terbabit. Malah, kita juga amat hairan kenapa video itu diupload semalam sedangkan Datuk Eskay dan Rahim Thamby Chik sendiri pernah berkata hanya mereka sahaja yang mempunyai video tulen tersebut. Adalah difahamkan video berkenaan telah berada ditangan pihak polis. Maka, bagaimana individu terbabit boleh menyimpan video berkenaan. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Bagaimana video tersebut boleh terlepas ke tangan beliau. Apa yang berlaku ini pernah terjadi kepada ramai artis suatu ketika dulu seperti Ella, Fazura, Ida Narina, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Wajah mereka dikatakan pelakon seks dalam video yang tersebar diinternet, tetapi bila diamati betul-betul ternyata ia adalah wajah seiras dari Filipina atau Thailand yang menyerupai wajah-wajah mereka. Kini ia berlaku pula kepada Anwar. Nampak sangat yang video itu sengaja dirancang sedemikian rupa. Apakah kita mahu percaya?.


Bukti, paparan tulisan dalam bahasa Thailand pada skrin video tersebut

Inilah dia video sebahagian video panas yang dikatakan mirip Anwar
Terdapat seorang individu yang membuat komen di Malaysiakini berkenaan perkara ini berkata "Bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... pertamanya kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. Keduanya scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu,aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu ", kata individu dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.


Inilah bukti wajah mirip artis yang pernah dikaitkan dengan skandal
video seks suatu ketika dulu, Ida Nerina (kiri) dan Fazura (kanan)


Lagi bukti kukuh, ramai artis yang muka seiras jadi mangsa video seks
seperti Fauzi Nawawi (kiri) dan ratu rock tanahair Ella (kanan)


Maka itu, mungkin juga Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa penipuan
video seperti ini gara-gara ada pihak yang mahu hancurkan politiknya

[Secara logiknya, mana mungkin kejadian seperti ini boleh berlaku dalam negara kita. Tambahan pula tulisan Thailand yang dipaparkan itu jelas sekali menggambarkan ia adalah video seks biasa yang sudah sekian lama berada di pasaran negara itu. Cuma wajah pelakon tersebut dipadankan dengan Anwar sama dengan apa yang terjadi kepada golongan artis sebelum ini. Soalnya, kenapa penyokong UMNO begitu taksub dan terpegun hingga mempercayainya bulat-bulat?. Ini semua kerana mereka merasakan senjata pemusnah sudah tiba untuk menghancurkan karier politik Anwar. Kes liwat Saiful kini seolah-olah mula dilupakan dan cerita seks mewarnai media media arus perdana. Apakah mereka sudah tidak yakin dengan fakta bercanggah dalam kes liwat itu hingga tergamak menerbitkan video seks pula?. Melihat kepada susuk badan pelakon dalam video tersebut mengesahkan kepada kita bahawa ia bukanlah Anwar tetapi seseorang yang mirip Anwar. Maka itu, rakyat perlu bangkit untuk menolak politik seks yang sengaja dimainkan oleh UMNO BN dalam usaha untuk mereka mengekalkan kekuasaan di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi. Itulah hakikatnya kes ini].

30 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Karpal Singh pernah, diulang PERNAH menegaskan bahawa ANWAR IBRAHIM MEMANG TIDAK LAYAK MENJADI SEORANG PEMIMPIN. DAN ANWAR IBRAHIM MEMANG SEORANG PENGAMAL GAY.

Kita nak dengar apa komen para makhluk pendewa taksub Anwar?

Karpal pembohong?
Karpal kaki fitnah?
Para pendewa Anwar lebih bijak dan arif berbanding Kapal?
Atau Karpal lebih bodoh berbanding para pendewa Anwar?

Kalau ada 'bijik' jawab jangan tak jawab
Lain hal la kalau memang pondan tak genap bulu ketiak, tak payah jawab ok?

Anonymous said...

Cakap lah sampai berbuil mulut, Anuar kantoi.

Anonymous said...

Rileks2...jgn gabra....mari solat hajat lagi...

Anonymous said...

kantoi ker?? hahahha boroi tu...hahahaa...org bodo saja percaya video ni ...buatlah video terang sikit..bukan senang nak kasi anwar kantoi..ni sipi sipi...lawak 3 lepas liwat 2

Anonymous said...

Psai apa hitam putih. Ini bukan zaman p.Ramlee, takde video colour ke.....hehehe

Anonymous said...

kalau bagi full version ni, salah di segi undang undang, nanti kat dewan ahli parlimen semua akan tengok...dont worry, akan tiba masanya checkmate, la ni Queen masih boleh digerakkan lagi untuk cover King....tak lama dah....lepas ni dia akan turun ke jalanan semula buat roadshow dan demo, kalau sempat laa...

Anonymous said...

PDO takyah la nak bandingkan personaiti personaliti sampah yg pernah terlibat dgn video seks, ini lain beb,tak sama.... ini Nuar berahim beb....bakal pemimpin no wahid...yg paling sedih sebab imej Islam yg dipamerkan tuuu...rupanya topeng semata mata, Subhanallah..

Anonymous said...

Jangan risau.. jadikan perut Nuar sebagai bukti kat mahkamah, bukan DNA dia hahaha! kah! kah! kah!

Anonymous said...

Hebatnya peranan Apco Yahudi Laknatullah menjahanamkan umat Islam di bumi Malaysia ini.

Anonymous said...

Tulisan siam, ada pengarah, gambar hitam putih, suara tiada, perut buncit, pungung lebar, lengan besar, dada besar, orangnya bukan 60-an, cara jalannya....... macam eskayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Anonymous said...

Hitam Putih: Video Bajet Rendah Ke?
4
04
2011
Kita ditunjukkan video daripada pesawat canggih ratusan juta ringgit milik Amerika Syarikat mengebom sasaran. Tetapi kenapa video tersebut hitam putih? Dah mampu buat pesawat harga ratusan juta takkan tak mampu pasang video kamera warna?

Apabila saya menulis tentang rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya tertumpu kepada fakta yang ditayangkan dan saya terjemahkannya berbekalkan sedikit ilmu tentangnya yang ada dalam diri saya. Semenjak saya menuntut ilmu dalam bidang perfileman, saya tidak lagi dapat menikmati tontonan sebuah filem dari sudut orang kebanyakan. Tanya pengarah, tenaga produksi dan pelakon, jawapan mereka akan sama dengan saya. Kita melihat melampaui apa yang terpampang di layar.

Setiap bayang yang kita lihat di layar, kita akan membaca susunan penataan cahaya, setiap pergerakan kamera, kita akan membaca grip nya. Setiap suntingan pada aksi penting, kita akan mencari sebab musababnya.

Apabila saya melihat aksi yang dipaparkan, saya melihat gerak laku individu-individu itu menceritakan kisah yang berlangsung menerusi non-verbal communication. Saya membaca pergerakannya, posturenya dan menilai permainan ruangnya. Bagi saya, aksi seks itu tidak penting, tetapi ‘decode’ apa yang terpapar pada imej-imej bergerak itu yang penting.

Saya membaca bayang-bayang pada dinding memastikan ia konsisten dengan aksi dan saya membaca susunan sumber lampu bagi memastikan ia benar konsisten pula dengan bayang yang terhasil.

Saya melihat saiz shot. Saya cuba memahami mengapa lensa itu menterjemahkan imej bersaiz sedemikian.

Ini bidang saya.

Anonymous said...

Ada yang bertanya dengan ikhlas, kenapa video itu dalam hitam putih? Ada yang bertanya dengan semangat mahu menghina atau menjerat, dan menyamakan kualiti hitam putih dengan wayang zaman sebelum merdeka.

Saya bertanya kembali, adakah kamera sasaran pada pesawat canggih Amerika Syarikat adalah kualiti zaman sebelum merdeka?

Kamera pengintipan atau kamera tinjau yang canggih adalah kamera yang dapat merakam video dengan jelas di dalam keadaan tiada cahaya atau gelap gelita.

Kamera terbaik di pasaran sekarang ini boleh ‘propagate’ cahaya 100,000-500,000 kali. Dan lebih jelas imejnya, lebih mahalah kamera tersebut.

Kamera pengintipan atau kamera tinjau ini akan menghasilkan imej hitam putih di dalam mode ‘night vision’. Kamera ini bagaimanapun menghasilkan imej berwarna apabila menerima cahaya yang mencukupi dan akan secara otomatik bertukar ke mode ‘night vision’ sebaik sahaja kekurangan cahaya.

Terdapat dua prinsip asas yang digunakan untuk menghasilkan kamera ‘night vision’. Salah satunya di panggil ‘photomultiplier technology’. Iaitu satu teknologi dimana kamera akan menghasilkan sinaran ‘infrared’ (Infrared Radiation IR) yang akan mengesan sebarang object yang berada dalam ruangpandang sinarannya lalu menterjemahkannya ke dalam imej. Memandangkan tujuannya adalah untuk mengintip atau tinjauan, sudah tentu teknologi ‘infrared’nya bukanlah seperti yang kita lihat pada kamera still konsumer.

Prinsip kedua ialah ialah ‘thermal imaging’ di mana bahang yang dihasilkan dari suhu badan sesebuah objek digunakan untuk diterjemahkan ke dalam imej. Teknologi ini dipanggil ‘Thermography’.

Di dalam kes ini, lebih gelap sekitaran dan lebih tinggi suhu bahang objek itu, lebih jelaslah imej yang terhasil dalam hitam putih yang sudah pasti berkontras tinggi.

Kamera pengintipan ‘Thermography’ adalah amat popular kerana ia tidak memerlukan keterangan cahaya langsung, ia hanya memerlukan radiasi bahang dari tubuh objek. Ia digunakan untuk menghasilkan imej dalam gelap gelita.

Bagaimanapun, bagi kamera menggunakan teknologi ‘Photomultiplier’ ia memerlukan cahaya ambien/sekitaran yang minimum untuk menghasilkan imej yang memuaskan.

Kamera Night Vision yang menghasilkan IR akan menghasilkan imej hitam putih atau ‘monochromatic image’ ini kerana radiasi bahang itu adalah diluar dari spektrum warna yang visible lantas imejnya tidak di dalam warna. Bagaimanapun, kejelasannya dan kontrasnya adalah sebaik imej yang terhasil dalam warna. Bagaimanapun, jarak ruang pandang kamera ini tertakluk kepada sinar infrared yang dihasilkan oleh LED nya. Kamera pengintipan atau tinjau premium selalunya mempunyai jarak efektif sejauh 150 kaki.

Hendaknya kita mengambil iktibar, tidak semua yang hitam putih itu adalah barang lama atau barang sendaan. Di dalam soal video seks yang didakwa menunjukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan aktiviti seksual dengan seorang pelacur, hitam putih itu adalah canggih.

Mungkin kita akan tukar topik pula kepada ini semua sah satu perangkap terhadap Anwar, jika benar lelaki itu Anwar. Soalnya, kalau ia perangkap, kenapa dia boleh masuk perangkap?

Perangkap ini bukan dipasang di masjid atau di dalam bilik tidurnya di Bukit Segambut.

Anonymous said...

... biarlah rakyat buat penilaian tentang politik lucah anugerah Apco Yahudi.

Anonymous said...

hitam putih ko, warna ko, canggih ko, kenapa bentuk fizikal pelaku sexs tersebut terlalu jauh bezanya.... dah canggih sangat dengan hitam putih mengapa suara dimatikan... dan mengapa sipelaku macam dah tahu ada rakaman yang telah dijalankan. semuanya macam mengikut arahan...

Anonymous said...

Apapun tuduhan kamu terhadap Anwar Ibrahim, kami tetap bersama beliau hingga ke akhir hayatnya...LAWAN TETAP LAWAN!!!!

menantu umno pahang said...

nape dari tepi nampak telinga capang?muka pun dah jadi bulat semacam.maka dijawab"gambar tu tercompress laa" abis tu await pompuan tu nampak normal je?

Anonymous said...

salam semua....kenapa sesetengah rakyat malaysia berketurunan UMNO ni suka kepada fitnah dan mempercayai fitnah? adakah mereka ini mempelajari agama islam keseluruhannya atau mereka ini hanya tahu dosa dan pahala sembahyang sahaja..mungkin ini lah hasil didik guru-guru agama dan juga para cendiakawan didalam UMNO suka membisu dalam hal-hal fitnah sebegini..mereka ini diajar islam suku dan politik suku oleh menteri agama dan juga sesetengan mufti yang berkepentingan politik..fikir-fikirkan lah hidup kita akan berakhir dengan kematian yang pasti datang menjemput pada bila2 masa saja..

Anonymous said...

korang tengok jer video niy dan nilai sendiri... http://www.youtube.com/watch?v=4zzyIVg-xfI&feature=related

Anonymous said...

Memang benar
Pelakon lelaki terlalu gemuk
dibandingkan dengan Anwar.
Boleh ke?
sekejap gemuk...
sekejap kurus...

Anonymous said...

Gambar atau video sdg panjat takde ke...??? Setakat tgk gambar berkemban ni mana realnya....hehehe

Panglima Antanom said...

Saya pun tak percaya video ni. Jijiklah. Orang yang mendedahkannya memang tidak bermoral. Betapa rendahnya nilai moral 3 mat boroi datuk T tu. Hina sangat-sangat. Anjing pun tak akan buat perkara macam tu.

niduss said...

anon apr 05 2011 10 25 00 am. sent me u email.
Yang Benerrr:
datuk t punya sex riiteri
ala betineee yg ada dlm video tuuu)

Anonymous said...

apa la punya bangang ni... setahu aku mana ada cctv letak sebelah dengan tv... belum pernah dalam sejarah dunia cctv letak sebelah tv.. ni bukan rakan cctv tapi rakaman kamera atau video... kalu nak tipu pun berpada la.. tengok gambar blue soi lek... cctv belah atas... hanya manusia bodoh saja yang akan percaya...

Anonymous said...

Wahai pemimpin2 UMNO,kerajaan dan NGOs yg pandai mengucap dan beristighfar, kembalilah pd ajaran islam yg sebenar. Inilah masa yg baik utk menukar idetiti kpd yg lebih Islamic. Kamu nampak segak,besar dan bergaya di dunia tapi tahukah kamu sedangkan ALMULUK 'INDALLAH HI TURAAB raja2 itu bagi allah hanyalah debu. kamu setakat PM,TPM,KSN,kETUA HAKIM NEGARA,KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA,KETUA POOLIS NEGARA,KETUA2SETIA USAHA,KETUA2 PENGARAH PENGERUSI SPR....lain2 dan aku sendiri tidak lebih dr debu2 itu.
Adakah kamu sekarang belum berkuasa,belum kuat,belum kaya belum belum dan belum......
Sebenarnya kamu berani dan jahat kerana kamu BELUM MATI.

Berapa sangat umur kamu. Sudahkah kamu bersedia berdepan dgn NYA.
Sama2 kita menukar kerjaan sekarang.
Jangan menjadi sebahagian dr pencipta fitnah,penzalim,perasuah,pemeras ugut dll...dan yg paling dahsyat; KITA ADALAH CATALIST YG BERPAKSIKAN KEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN, KPD GENERASI YG KITA SEDANG BINA.
Berapa ramai pengguguran anak, penagih dadah,perempit di jalanan penzina,peminum arak,penganggur,pemurtad yg berlaku d kalangan bangsa kita....didepan mata kita. Kita bolih bayangkan rupa bentuk, feel dan perangai generasi mendatang kerana mereka adalah kita sekarang.
INSAF BANGKITLAH DAN
TAKBIR........
bERIKANLAH HIDAYAH PADA HAMBAMU YG DHAIF INI.

Anonymous said...

Agen yahudi ?

Tunduk pada Cina DAP ?

Derhaka pada raja ?

Menzalimi bangsa melayu ?

Tipu melayu ?

Kes liwat I ?

Kes liwat II ?

Video lucah yang tulen ?

Marilah kita bersatu....
Takutkan pemimpin UMNO Baru khususnya Mohd. Najib dan Tun Mahathir dengan menyokong Datuk Seri Anuar Ibrahim sehingga menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Jadikan ketakutan mereka sehingga terkencing dan terberak dalam seluar.

Padan muka !!

Anonymous said...

penoh satu stadium sembahyang hajat maka allah taala telah makbulkan ,dan janganlah tak terima pulak,fikirlah secara waras

Anonymous said...

Kalau setakat vedio macam tu lah tak payah tengokpun tak ape.. Orang ingat ada 69 kena kena apa ke.. Tapi sah sah ini semuanya PEMBOHONGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

Anonymous said...

selagi tak tayang sambunganya, aku tak percaya itu gambo anwar..

Anonymous said...

teknik editing video masa sekarang memang canggih..
Pelbgai nama software boleh didapati di pasaran untuk editing video ini...
Tanyalah taukeh2 gambar kahwin...nak gaya macam mana, dan sebagainya, boleh...
Yang bodoh dan bebal dan tak boleh diajar ialah............umngok!!
Berapa hari sangat nak tipu beb..!!!

Anonymous said...

Kes terbaru (video lucah) ni perkara kecil, tak kira betul atau tidak Anwar terlibat, ia tidak akam mampu 'mensucikan' Anwar. Kalau dah manusia bertampang iblis ia tidak akan begitu mudah untuk 'facelift' menjadi seorang 'malaikat'

Bukan mustahil rakaman video itu dirancang sendiri oleh Anwar bertujuan untuk mengalihkan perhatian umum daripada pelbagai isu (termasuk isu moral) yang dihadapinya. Mudah saja, apabila terbukti dia tidak terlibat dlm rakaman video itu, ia mengharapkan simpati umum dan ini sekaligus boleh menjustifikasikan kes2 yang lain. Siapa tidak kenal dengan makhluk bernama ANWAR BIN IBRAHIM ini?

Karpal Singh mungkin seorang manusia hipokrit (macam anwar). Namun saya masih berpegang kepada kenyataan Karpal bahawa:

1. ANWAR MEMANG TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN.

2. KARPAL ADA BUKTI BAHAWA ANWAR TERLIBAT DALAM KEGIATAN GAY (SODOMI)

Ada apa2 bantahan?

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter