KUALA LUMPUR 16 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara. “Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. “Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,’’ kata Perdana Menteri. Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. “Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. “Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,’’ ujarnya Bagaimanapun, Najib berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri.
Kerajaan Kaji Hapus Undang-Undang Tak Relevan
Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. “Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi. Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. “Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan, Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping ambil kira norma di peringkat antarabangsa.






Baguslah, akhirnya undang2 zalim dan kuno ini dihapuskan.
BalasPadamAnon Friday, September 16, 2011 12:29:00 PM...
BalasPadamUndang-undang itu sebenarnya tidak zalim dan kuno. Tapi ia kelihatan zalim dan kuno apabila dilihat drpd sudut pandang mata seorang yang sadis dan zalim seperti kamu.
Najib berbuat demikian kerana beliau sendiri takut beliau akan disumbat ke ISA selepas kalah pada pru akan dtg. Maklum la, banyak sangat salah dan penyelewengan beliau dengan konco2nya.. jadi untuk menyelamatkan diri dan kroni2, terpaksalah akur dengan cadangan pembangkang. bermakna Najib dah mati idea utk mentadbir negara kerana menggunakan manifesto pembangkang untuk mengekalkan kuasa.
BalasPadamsupport la sikit...org melayu diambang hilang kuasa pemerintahan...lepas nie presiden bangsa asing ..pm bangsa asing..baru tahu org melayu yang tamak dan bodoh sombong..
BalasPadamAnon Friday, Sept 16, 2011 6:28:00 PM
BalasPadamOrang Melayu mana yang diambang hilang kuasa pemerintahan ?
Perdana Menteri Bangladesh memberitahu bahawa rakyatnya yang berada di Malaysia layak mengundi dalam pilihanraya ke 13, apa cerita?
Kerajaan mana yang buka pintu pada pendatang Bangladesh, Indonesia, Philipina sehingga diberi layanan istimewa jadi warganegara ?
Hidup Melayu... UMNO BARU dah kurang oksigen !
Friday, September 16, 2011 3:02:00 PM Makhluk macam ni la yang buat negara dah nak tergadai.
BalasPadamTidak zalimkah tangkap orang dan tidak dibicarakan. Pisahkan antara suami anak dan isteri.Kalau salah bicarakan dan bagi hukuman, bukannya kurung bertahun tahun tanpa pendakwaan.
Kamu sokong kezaliman maka dosanya kamu tumpang sama.
Kalau dah kiblatnya APCO mana ada dosa pahala makhluk macam ni.
Kalau dah kawan dengan Yahudi, memangla, puak-pak ni mana ada sifat simpati kepada orang lain.
BalasPadamDosa pahala mana dia tahu.
...org melayu diambang hilang kuasa pemerintahan...
BalasPadamsetuju sangat kalau melayu yang ada sekarang hilang kuasa lagi baik, 54 tahun melayu pegang kuasa bukan makin bagus, dah nak hancur negara dikerjakan mereka, buat apa nak bagi kat melayu tu lagi kuasa, kuasa yang ada sekarang pun pendatang haram yang nak tentukan dalam PRU 13. Tak caya tolong semak kenyataan Puan Sheikh Hasina Perdana Menteri Bangladesh, bukan Mat Bangla kontrak. Sebelum ini orang pakatan dakwa berlaku pendaftaran warga asing memiliki PR pagi petang IC malam sebagai pemilih, pencacai kata fitnah, sekarang dah terbukti ini orang luar yang kata PM pulak tu, ini bukan main main punya hal, berat... ini dah jadi masalah negara dan hala tuju politik negara. oleh itu puak puak disana perlu memikirkan kembali bahawa sokongan kamu selama ini, sebenar nya kerja sia sia sahaja, buang masa, merugikan bangsa dan negara.
Kerja busuk ni dah lama berlaku bila SPLP tahu 86 diperkenalkan di bawah Megat Junid, tapi semua nya boleh ditutup, hari ini jangan makin dinafi lagi kuat bau nya bahkan boleh ditunjuk kat mana bangkai itu pula.
Dengan pengumuman yg di buat Najib itu kita bolih nampak satu kesedaran,hasil dari tekanan beberapa pihak termasuk GMI dan Pakatan Rakyat yg selama ini berjuang. Syabas buat anda semua. Anda semuanya wira. Pengumuman itu bukannya pemansuhan yg mutlak tetapi ada penggantian dengan akta2 yg mungkin lebih baik/kejam,sama2 kita tunggu,kerana ini mungkin satu hadiah conditonal kapada pengundi menjelang PRU 13 yg mungkin di adakan November ini.
BalasPadamNajib akan menggunakan apa saja cara untuk memenangi pilihanraya pertama bagi menguji penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya.
GMI dan Pakatan sepatutnya membuat penjelajahan keseluruh Negara untuk mengucapkan terima kasih dan meraikan mereka yg terlibat dgn perjuangan dan tuntutan pemansuhan ini. Disamping itu kita menunggu akta baru yg akan diperkenalkan.
Sekarang kita akan terus berjuang untuk mendapat tuntutan BERSIH 2 dan bersedia utk BERSIH 3.
Shabas dan Selamat berjuang.
kalau betol bagus le, bila pula nak tutup toto, megnum, da ma cai, kuda dan permis2 maksiat berlesen, walau ada orang melayu yang suka benda2 macam ni, haram tetap haram, tutup lagi baik...
BalasPadam'PERSETUBUHAN' dan 'PERSEBADANAN' haram dengan kafir laknat tak haram ke? Jelaslah anon Saturday, September 17, 2011 1:22:00 AM ini dah songsang akalnya bahana dan pengaruh dakyah songsang daripada Parti Ajaran Sesat Songsang yang memang menyesatkan?
BalasPadamAnon Saturday, September 17, 2011 8:52:00 AM,
BalasPadamSesat boleh kembali ke pangkal jalan. Tak pun guna la GPS.
Tapi Bongok macam ko ni Takde ubat. Tunggu mati je.
Habis tu MCA,MIC PBRS ,gerakan, PPP dan lain-lain tu Islam semua ke????????????????????????????????
Kau ni kalau ada kat Kampung Pisang masa Zombie menyerang, mesti selamat punya. Sebab Zombie tak makan otak macam kau ni.
Tak caya, tanya Mamat Kalid.
Aku setuju sangat. Bila Pas kawan DAP dia kata sesat. Yang Umno kawan dengan komponen BN apa cerita. Mungkin dia lupa atau tak tau kira. 13 komponen BN yang lain majotitinya kafir..
BalasPadamDulu PAS kata HARAM berkawan dengan Parti orang bukan Islam UMNO/MCA/MIC. Yang PAS pula 'bersiputbabi' dengan DAP kira ok pula (ikut kacamata PAS). Kalau PAS kata semua yang dia buat tu tak haram, kenapa kalau BN yang buat dia kata haram dan semua tak betul?? Apalah hipokrit punya PAS ni.. Tapi no wonfer la, PARTI AJARAN SONGSANG/SESAT la katakan. Dia nak songsang dan sesatkan akidah dan minda orang supaya tunduk sembah kat PAS.
BalasPadamADA BANTAHAN?
Dulu,kini & selamanya AMENO kata merekalah Pembela Islam no satu dalam Malaysia. Tapi dah 54 tahun negara bebas dari Di"naungi" Penjajah, PENDIDIKAN ISLAM bukan mata pelajaran wajib lulus dalam sebarang peperiksaan. No Wonder la AMENO X jumpa Ayat Quran yang suruh para wanita Muslimah menutup Aurat.Jelaslah AMENO sebuah parti yg sangat berani(X ikut perintah ALLAH 100%). Parti Firaun & Namrud pun X seberani AMENO
BalasPadamADA BANTAHAN?
Kalau musuh dan penentang ISLAM kencing Quran, orang PAS kata 'Tal mengapa, dia tak bersalah sebab dia tak tahu apa-apa tu... Yang salah adalah UMNO sebab tak bagi tau dia siang-siang....'
BalasPadamAda bantahan?
Balun China Doll boleh, Balun Jubor Lelaki Boleh Tapi Nak bersumpah lakhnat takut, Ujian Poligraf Takut, Beri DNA takut, Saman Takut, Berhadapan dengan Pendakwaraya pun Anwar Ibrahim takut.
BalasPadamIni ke nak jadi Pemimpin Kita wahai rakyat Malaysia?
Anon Monday, September 19, 2011 3:32:00 PM
BalasPadamKo kata:
"Kalau musuh dan penentang ISLAM kencing Quran, orang PAS kata 'Tal mengapa, dia tak bersalah sebab dia tak tahu apa-apa tu... Yang salah adalah UMNO sebab tak bagi tau dia siang-siang....'
Ada bantahan?
Yang ini aku bantah.
Kenyataan paling Bongok di abad ini?
Bila pulak Ada kes mcm kau cakap tu????
Penat layan kau ni. Ingat adalah saki-baki org cerdik sikit dlm AMno.Rupa-rupanya ko yang paling Bongok sekali.
Ko ni layak digelar "BONGOK ANGKASA" iaitu tahap tertinggi dalam bidang kebongokan.
Rakyat Bangladesh undi di Malaysia
BalasPadamRakyat PAS Malaysia undi di Bangladesh
Baru Sempoi......