
KUANTAN, 6 Feb - Susulan pendedahan PDO tentang 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek, maka ramai pihak yang terkejut dengan isu ini. Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa hairan bagaimana tanah rizab kubur terbabit boleh terlepas ke tangan orang lain untuk tujuan komersial. Apa yang menyedihkan, semenjak isu ini dibongkarkan tidak ramai pemimpin UMNO BN dan NGO yang pro kerajaan tampil untuk mempertahankan "tanah rizab kubur" ini. Masing-masing seolah-olah mengiyakan insiden yang berlaku dan menganggapnya isu terpencil yang tidak perlu dihebohkan. Persoalannya, isu ini ialah berkaitan dengan syarat penggunaan tanah dan bagaimana logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) boleh berada pada papan tanda projek berkenaan. Ia seolah-olah mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan terbabit (Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, Jalan Hj.Ahmad). Sementara itu, kami ucapkan tahniah kepada PAS Pahang kerana memberi respon terhadap isu yang dibongkarkan ini. Terbaru, PAS Pahang melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan terbabit yang telah dibangunkan ke lot-lot kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar). Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telah luluskan tanah itu sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan dekat Hutan Setali.

Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta


Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan


Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek


Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
“Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot-lot kedai dengan kelulusan MPK, sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini. “PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri,” tambah beliau lagi.
[Biar pun sudah lebih seminggu isu ini didedahkan, namun anehnya tiada satu pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan Islam tampil untuk mempertahankan tanah rizab kubur ini. Kami hairan melihat apa yang berlaku, malah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isi ini. Soalnya, kenapa tanah ini boleh diluluskan untuk pembinaan bangunan komersial?. Kes ini sama seperti apa yang terjadi kepada pencerobohan tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota satu ketika dulu. Pencerobohan berlaku apabila ada pihak yang "makan duit" dan tidak takut kepada balasan Allah di akhirat kelak. Mereka tergamak menjatuhkan maruah demi kerana wang yang diberikan oleh pihak berkenaan. Kini senario yang sama berlaku lagi. Pihak kami tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kealpaan ini. Maka itu, MPK di gesa bertanggungjawab dan mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini. Jangan biarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka-mereka yang berkuasa. Maka itu, carilah jalan penyelesaiannya sekarang juga. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya!].
Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta
Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan
Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek
Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
[Biar pun sudah lebih seminggu isu ini didedahkan, namun anehnya tiada satu pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan Islam tampil untuk mempertahankan tanah rizab kubur ini. Kami hairan melihat apa yang berlaku, malah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isi ini. Soalnya, kenapa tanah ini boleh diluluskan untuk pembinaan bangunan komersial?. Kes ini sama seperti apa yang terjadi kepada pencerobohan tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota satu ketika dulu. Pencerobohan berlaku apabila ada pihak yang "makan duit" dan tidak takut kepada balasan Allah di akhirat kelak. Mereka tergamak menjatuhkan maruah demi kerana wang yang diberikan oleh pihak berkenaan. Kini senario yang sama berlaku lagi. Pihak kami tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kealpaan ini. Maka itu, MPK di gesa bertanggungjawab dan mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini. Jangan biarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka-mereka yang berkuasa. Maka itu, carilah jalan penyelesaiannya sekarang juga. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya!].






INI KISAH LAMA LA BROTHER...
BalasPadamDULU TOKEY CINA TU DAH BAGI "GREEN LIGHT" UNTUK KUBUR MELAYU NIE..
TAPI PENTADBIR2 PAHANG NI, TIDOR JE.. ASYIK NGINTAI BALAK JE KOT..
SO.. TERLEPAS LA NAK GANTI, LOT TANAH TERSEBUT, DGN TANAH LAINNYA..
SADAKALLAH HUL-AZIMMMM!!!!!
TOKSAH NAK GADUH LA.. BIAR POK2 OMENO (TOK NAN)NI SETTLE, SBB SILAP DIA... TAKBIR!!!!
.
Dah tak ada tanah BANGANG ni tak nampak dan tak kenal dia akan MASUK KUBUR tak lama lagi....!mampus luuh...!
BalasPadammana org umno, org ibbrahim ali perkasa..hassan ali..yg memperjuangkan islam tuleen..buatlah perhimpunan besar-besaran untuk membantah..nak harapkan MUIP dah x boleeh duit zakat dah habis sebab nak selamatkan hotel MS Garden..sepetutnya muip kena selamatkanlah tanah wakaf, tanah kubur masjid.. tak payahlah sibuk nak selamatkan Hotel...tulah kalu dah org UMNOOOO000....
BalasPadamtak payah..
BalasPadamajaklah SAVE MALAYSIA yang stop Lynas tu..
gerenti dapatnya..
Pada jual baik BAKAR ....hotel tu...jadi ABU.....ha...baru kena....semua kunci kereta Bomba dihumbankan ke Laut....!
BalasPadam