script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Dr.Hassan Ali Di Jangka Hadir Ke Program Bicara Ummah Di Temerloh, Jam 2.30 Petang Ini !!

TEMERLOH, 6 Feb - Bekas Pesurujaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali (foto) dijadual hadir ke program "Bicara Ummah" di Dewan Tun Razak dekat sini jam 2.30 petang nanti. Beliau yang kini menjadi "wakil rakyat bebas" selepas di pecat daripada PAS khabarnya tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya itu. Beliau dipecat oleh PAS pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan. Sebaliknya, Hassan sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera "parasit" yang mahu beliau keluar dari PAS. Beliau juga menyelar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember lalu. "Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan. "Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya petang kelmarin.. Dalam perkembangan lain, beliau juga menolak untuk menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) kerana perjuangan parti itu tidak selari dengan perjuangan beliau yang berlandaskan slogan "Islam, Melayu dan Institusi Raja". Katanya, lagipun adalah tidak manis jika beliau pula tampil menerajui parti telah dipelopori oleh orang lain terlebih dahulu. "Biarlah Kita dengan Kita, saya dengan perjuangan saya," kata beliau lagi ketika mengulas desus-desas mengenai tawaran untuk dia mengetuai parti KITA.



[Difahamkan, Dato' Dr.Hassan Ali didatangkan ke Temerloh bersempena dengan Konvesyen Media Sosial 1Malaysia , Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang khabarnya akan diadakan hari ini (6 Feb) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di lokasi yang sama. Program anjuran NGO's '1Agenda' dan 'PahangKu' sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan. Difahamkan Menteri Besar Pahang dijangka akan merasmikan program itu nanti. Maka, ini bermakna beliau akan berada dalam program yang dianjurkan oleh UMNP Pahang sebenarnya. Nampaknya, benarlah kata orang yang Hassan Ali kini sedang menunjukkan bukti bahawa dia sudah mula "Cinta kepada UMNO". Segala yang buruk kini sudah mula nampak baik dimata Hassan Ali. Malah, beliau yang kononnya hebat memperjuangkan Islam terutamanya dalam isu Murtad kini sudah yakin bahawa parti Islam PAS tidak mahu mempertahankan umat Islam dalam isu itu. Sebaliknya dia mula nampak, UMNO dan Kerajaan BN yang melakukan tugas tersebut. Walhal, beliau lupa orang Melayu (Islam) yang memerintah sekarang sewajarnya menggunakan kuasa yang ada untuk laksanakan hukum Islam (Hudud) di atas muka bumi ini. Maka, selagi ia tidak dilaksanakan kita sebagai umat Islam wajar menolak mereka. Kini Hassan "menjilat" kembali ludahnya dan apakah beliau akan sebaris dengan Jamil Khir Baharom, Masitah Ibrahim dan yang seangkatan dengannya selepas ini. Apapun, kepada yang berada di Temerloh bolehlah hadir beramai-ramai untuk dengar Dato' Dr.Hassan Ali "berbicara soal ummah" jam 2.30 petang ini].
Share:

10 ulasan:

  1. HASSAN ALI NIE PERRLU SEDAR DIRI DIA TU SIAPA.. DIA MASUK PAS PUN SECARA AD-HOC SAJE, BUKAN AHLI PAS TULIN (SEJATI).
    ORG. LAIN MASUK PAS ,DARI KECIK, WEII, HASSAN NIE MACAM ANAK ANGKAT JE, TAK BOLEH MEWARIS HARTA.. SEDAR LAH DIRI SIKIT...
    PASTU.. KALAU PERANGAI TAK IKUT KETUA, SURUH IKUT KATA DIA... PATUT LAH KENA BUANG... SEDAR,SEDAR,SEDAR!!!
    KALAU DOK DALAM ASKAR COMMANDO, TAK IKUT KETUA, HUKUMNYA BUNUH JE.. NI CUMA BUANG, DAN BOLEH MERAYU, KALAU MUKA TAK MALU!!
    DIA DAH PENING & GILA TALAK DAH NIE.. SO MINTA TOLONG UST.HARON DIN BAGI MINUM AIR JAMPI.. SETUJU??
    INSYAALLAH.. PULIH LA LEPAS NIE,..KALAU TAK PUN RENDAM DGN AIR CAP RIMAU(RM) & BAGI MINUM...hehehe

    BalasPadam
  2. manusia yg hanya pentingkan diri sendiri.......ego,sombong,takbur dan angkuh.Lain kali kalau jumpa spesis macam ni rendam dalam air campur belacan dan budu.Nak tunjuk jagoan,saolah olah diri nya saja yang baik,pandai,berilmu,pintardan cerdik......manusia gila meroyan daa...daa...

    BalasPadam
  3. Munafiq...Kalau setakat nasihat orang...nak jadi kaunsalor...aku pun boleh...cuma yg payah nak nasihat diri sendiri. Pakar motivator taik kucing - kalau berceramah duk cerita hebat dia pasal ada Phd. Dia ingat dia sorang jer ada Phd, - tiga bakul Phd aku ada pun aku tak sombong cam dia...Lepas ceramah mintak komisen kutipan derma - setan punya Ali.

    BalasPadam
  4. Orang2 PAS sendiri yang tak sedar diri. Konon berjuang memertabatkan agama, tapi siang2 melakukan dan menghalalkan 'PERSETUBUHAN HARAM' dengan kafir laknat. Siap pakai serban super besar tapi kalau serban besar itu setakat tempat nak sembunyikan telur busuk apa faedahnya? Mengaku ulama besar 'tahap nabi' tapi otak pengecut mengalahkan tikus! Alahai PAS oh PAS....

    BalasPadam
  5. Berapa lama dia boleh tahan buat road-show.... kalau tiada liputan media perdana dan media pro UMNO-BN... lambat laun dia akan kekeringan dana dan keletihan... untung la kalau dia dapat mengekalkan kerusi dia di Gombak atau balik Tanjung Karang. Khabarnya (melalui facebook beliau)program di Kg bukit Belimbing dapat sambutan.... Orang Temerloh sila update..... Temerloh kawasan Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

    Pak Utih

    BalasPadam
  6. Tapi btul jugak. Aku tengok la ni PAS dah banyak berubah. Dulu masa tahun 90an. Kata UMNO kafir sebab kawan ngan MCA, MIC. Anuar penah disindir sbb tak sedar diri. Diberi gelaran insan kamil mutakamil. Last-last apa jdi. Aku suka semangat PAS yang dulu-dulu. Berjuang kerana islam secara sendirian tanpa perlu bersekongkol dengan mana-mana parti.

    BalasPadam
  7. PAS patut mendominasi PR bukannya PKR atau DAP...PAS X blh bdiri sendiri.. tapi aku tetap undi PAS tapi PKR, BN dan DAP sori la aku nak undi...baik x payah mgundi...

    BalasPadam
  8. Hasan Ali la ni sedang laku diperkudakan oleh amporno.....bertujuan untuk memperburuk burukan parti PAS konon nya PAS kini sedang berkecamuk antara pemimpinnya.....ni modal amporno sebelum pilihanraya....lepas pilihanraya.....tengok le Hasan Ali ni akan dicampak macam karpet buruk.....tak sedar diri....takbir!!!

    BalasPadam
  9. Takbir cara PAS....
    DAPHUAKHBAR!!

    BalasPadam
  10. Tak lama matilah...tulis lagu tu....langar tak lori...!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Mahkamah Rayuan Benar Badan Peguam Cabar Keputusan Melepas Tanpa Membebaskan (DNAA) Zahid Daripada 47 Peruduhan Pecah Amanah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman mencabar keputusan Peguam Negara menghentikan ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.