
KUANTAN, 6 Feb - Sokongan masyarakat kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat semakin melonjak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan rakyat terutamanya kaum Tionghua ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan di Sekilau Seafood, Jalan Haji Ahmad dekat sini semalam. Jelas dapat dilihat, isu Lynas menyebabkan majoriti masyarakat kaum Tionghua kini menolak BN. Maka itu tidak hairanlah Menteri Besar Pahang sendiri tidak yakin akan dapat merampas semula kerusi parlimen yang diwakili oleh "Pejuang Lynas" iaitu YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan. Ternyata sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat bakal menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi DUN Bandar pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Malah, difahamkan hampir kesemua kerusi bandar di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota bakal jatuh ke tangan pembangkang. Sedar atau tidak, ia membuktikan rakyat majoritinya amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membela nasib mereka dalam isu kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu selama ini. Kini, sudah pasti mereka akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang gagal mendahulukan rakyat.
















[Melihat kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat (pembangkang) mutakhir ini, maka besar kemungkinan peluang untuk mereka merampas atau mengurangkan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pasti akan terlaksa jua pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. UMNO BN tidak boleh terus mendabik dada kononnya mereka akan kekal berkuasa buat selamanya atas muka bumi ini. Insiden yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri maju yang secara tradisinya menjadi milik BN jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 dulu harus dijadikan pengajaran buat mereka. Tidak perlu taksub dan mendabik dada kononnya mereka masih mendapat kepercayaan rakyat untuk terus memerintah negeri ini, kerana umum mengetahui bahawa mereka rela merasuah pengundi setiap kali musim pilihanraya. Jika tiada "duit rasuah" ditaburkan kepada rakyat, nescaya UMNO BN sudah lama "dikapankan" sebenarnya. Maka, itu berpijaklah di bumi yang nyata bahawa rakyat majoritinya mahukan perubahan. Apapun, semoga sokongan rakyat akan menjadikan negeri ini lebih aman serta selesa untuk dinikmati generasi akan datang].






BOLEH MENANG KE "PKR NIE "..
BalasPadamINGAT RM5.0billion, HASIL LYNAS SETAHUN BEB!!
...KALU DEPA ADVANCE 5.0JUTA JE UNTUK PR-13 MP-KUANTAN, APA NAK KATA??..
LUMAYAN PENGUNDI DUN IM/KUANTAN NIE..
BOLEH CHALLENGE KE?
DULU-DULU TU ,BOLEH LA..
NI RIMAU LAGI BESOR!!
APA PUN KUASA DITANGAN ANDA!!!
INSHA ALLAH dgn gerak kerja tersusun,penerangan yg jelas tentang isu semasa,PRU 13 Pahang akn jatuh kepada Pakatan Rakyat.Tingkatkan usaha bagi memenangi p/raya.
BalasPadamPKR ni parti serpihan UMNO jugak. Idealoginya sama je.
BalasPadamSemuanya pasal duit. Nak pulak apek-apek ni. Semuanya jenis jerung besar punya. Apek dah pesen dia. kalu dia baik sangat dng kita ni mesti ada benda yang dia orang nak. Takdelah suka suka je dia nak kawan ngan kita ni. Melayu je tak sedar diri. Last2 kena tipu ngan cina. Masa tu barulah padan muka hahahahah.
BalasPadamKalu menang tapi rakyat tak dapat apa, takde guna jugak. Sekurang-kurangnya rakyat nak merasa jugak.
BalasPadamSokong pendapat Anonymous tentang apek yang rapat dengan kita sebab ada benda yang dia hendak.....apek rapat dengan PR sebab nak hapuskan rasuah, apek rapat dengan UMNO/BN nak kan kontrek...kan kan kan ...so JANGAN PANGKAH DACING la jawabnya.
BalasPadamAwang Luku cakap..
BalasPadamkpd anon Feb, 06, 2012 1:40:00 pm.
lu apa tau..RM 5 billion 1 tawun Lynas dapat tapi itu tax BN sudah kasi free 12 tawun oooo..
Memang le ramai apek apek tu datang......pertama sebab raya cina....kedua mentekedarah free.......bukan le dengan ramai datang tu makna nye BN akan kalah....tu hanya telahan PDO......yang kita tau memang syok sendiri....arghhh....pppptuihhhhh!!!!
BalasPadamAKU KALAU UMNO BAGI MENTEKEDARAH FREE PUN TAK AKAN DATANG KERANA AKU MENENTANG UMNO DARI SEGALA ASPEK... UMNO SYAITAN LAKNATULLAH...
BalasPadamBIAR KEBULUR NAMUN NAK MAKAN HASIL RASUAH UMNO... TIDAK SEKALI-KALI...