Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Panas: Durian Runtuh, Jika Jujur Kenapa Hanya Yang "Sign Loan Bank Layak" Tapi Tidak Semua !!

JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000. Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu "digelapkan" oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. Malah, mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit Felda dengan bank-bank terpilih. Malah, ada yang mendakwa borang perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama ada "udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka. Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd, dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank berkenaan. Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka "menang sorak kampung tergadai".


Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat
peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej)


[Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].

34 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Satu unit RM4.65 kalau dapat 10 lot kena ada RM46,500.00 . Kalau ada duit tak payah hutang bank, jadi risiko turun naik saham tidak menjejaskan peneroka. Kalau dapat duit RM15,000 boleh service loan (bayar bulanan sekitar RM1000 sebulan), maka boleh pegang saham sekitar 18 bulan jika tak ada duit.. dalam tempoh itu boleh jual saham jika harga naik... kalau turun tanggunglah sendiri....Biasanya harga akan naik kecuali berlaku bencana besar atau listing execise gagal...

PDO paham tak pasal ni?... Pesanan ikhlas dari anak peneroka graduan bisnes UiTM.

zairil said...

Maka 'terduduk' dan tersandarlah dan terkejutlah peneroka-peneroka yang akan dapat RM 15,000.00 durian runtuh.......ha ha ha.......ek eleh...banyaknya.......

Anonymous said...

Saya beri hormat kepada para peneroka yang dulu-dulu masuk peneroka, bila mereka tak tahan tak mampu nak bertahan terus keluar felda balik semula ke kampung, jadi kepada peneroka yang terus tinggal sekarang dan dapat tanah dah dapat ladang, syukur alhamdulillah, felda dapat halang tak kepada peneroka yang nak rampas ladang buat sendiri, tidakkan, felda terus beri insentif apa-apa yang patut kepada mereka walaupun separuh dapat juga, felda tuntut balik sekaligus atau tidak pinjaman rumah peneroka, tidakkan, banyak lagi sebenarnya, felda ibarat ibubapa kita, jadi janganlah menderhaka kepada mereka, ibubapa kita membesarkan kita tau tau mereka cari duit mcamana cari mana membesarkan kita sampai kita jadi macamni, ibubapa kita dan tua berumurpun kita masih beri duit pada kita tak pun anak kita, soo fikir-fikirkan lah, tak boleh cabuli pengorbanan mereka tuan-tuan...(dah lama duduk felda....dapat durian runtuh...YA ALLLAH ALHAMDULILLAHH...dapat buat guna apa yang patut..SYUKUR.

Anonymous said...

ANAK ANAK JENERASI KE2, FELDA TOLONG AMBIL PENGAJARAN JANGAN MUDAH KELABU MATA.JERIHPERIH IBUBAPA DAHULU SEKARANG AKAN TERGADAI KEMBALI, PEMIMPIN POLITIK UMPORNO AKAN BUAT APA SAJA JANJI DAN HADIAH, TETAPI SIAPA AKAN MERANA KEMUDIAN HARI. WANG TIDAK BOLEH BELI SEGALA GALANYA.

amboi said...

Pesanan kepada anonymous 11:59 AM di atas.
Perkiraan saudar amat canggih makumlah graduan Business Study UITM hem hem hem.
Cuma silapnya saudara membuat perkiraan dengan memulakan ayat "KALAU".Apa komen sudara graduan "KAlAU" tidak seperti yang diharapkan.
Mungkin periuk nasi selepas ini boleh rebus pasir lah puak dan pakat gigit sikit sorang

Anonymous said...

perkara yang sama akan berlaku seperti yang terjadi kepada penoreh getah di kerdau, temerloh pahang.. kita tunggu...

Anonymous said...

janganlah hendak manakutkan org lain dengan benda2 karut demi kepentingan politik..bagi yg tiada pengalaman ESOS munkin akan berkata demikian..sebenarnya tidak akan berlaku sedemikian..dengan khidmat nasihat yang betul sememangnya menguntungkan peneroka. PERCAYALAH..

anak peneroka said...

Penulis blog ni mcm sakit hati ajer peneroka dapat durian runtuh. Tak cukup dgn itu penulisan pun mcm menghasut aje. Kau apa peduli kalau Felda nak bagi duit kpd peneroka. PKR mampu ke? Duit guaman pun mintak sumbangan org. Kalau kau anak peneroka,kau pun dpt jugak,itu pun bagi bagilah samarata dgn adik beradik kau.Ladang ayah kau tak nak jual ke?Puak puak Pakatan ni memang pandai dan banyak sgt buat andaian. Itu,ini,begitu,begini.

Anonymous said...

Kepada penyokong UMNO :

Kalau yang budak Uitm kata bagus saham ni. (Anon Tuesday, May 08, 2012 11:59:00 AM)

Macamana yang MSc, Ph.D dalam ekonomi punya orang kata peneroka ni dalam keadaan bahaya, iaitu serampang dua mata?

Kalau Ku Li sendiri kata ada bahayanya? Ku Li orang UMNO. Ku Li sokong Bersih.

Saya kasihan melihat sebahagian peneroka melompat gembira dalam RTm TV1. Tapi bile di jelas PM itu ini, macam semuanya nampak senyap dan terfikir sesuatu.

Fikir fikirkanlah.

Anonymous said...

Orang kalau dah minta nyawa macam macam janji akan di buat segala nya nak di berikan lebih lebih lagi dekat plihanraya, kalau boleh apa saja. Yang PENTING kuasa, sebab selepas dapat lagi kuasa boleh baham lagi hak rakyat. apa nak di herankan dengan UMPORNO.

Anonymous said...

Najib dah bagi durian runtuh tu ambil ajelah, tapi bila mengundi pangkah Pakatan Rakyat. Aada betul ke?

Kepada generasi pertama jangan tolak durian yang Najib bagi tu, soal generasi kedua atau ketiga tu lntaklah mereka.Yang penting kita ejoyed sakanlah. Kita generasi pertama akan mati tak lama lagi. Biar generasi ke dua dan ketiga menanggung mala petaka/beban hutang yang kita tinggalkan.

Anonymous said...

Che Tom tidak dipengaruhi mana-mana pihak

KUALA LUMPUR 7 Mei - Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik luahan hati ibunya, Che Tom Yahaya, 78, agar anaknya itu bertaubat sebelum beliau menutup mata disifatkan sebagai 'cukup melampau'.

Adiknya, Ummi Hafilda Ali berkata, Che Tom tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya luahan berkenaan dibuat kerana ibunya terlalu rindu dan sayang kepada Azmin yang telah 11 bulan tidak menjenguk beliau walaupun tinggal berdekatan.

Menurutnya, kenyataan Azmin bukan sahaja derhaka tetapi biadab kerana ia memberi gambaran kepada masyarakat, kononnya ibu mereka yang kini uzur itu sanggup menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri.

"Insaflah Azmin. Ibu tua inilah yang bersusah-payah mengandungkan kau selama sembilan bulan 10 hari. Ibu tua inilah yang menjaga kau dari umur sehari sehingga berjaya tetapi hari ini kau sanggup tuduh ibu tua yang uzur ini diperalat UMNO?

"Wahai Azmin, tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga didalangi UMNO?

"Mak cuma hendak kau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, buang yang keruh ambil yang jernih, tak apa kalau kau sanggup buang adik-beradik tapi jagalah hati ibu yang sudah tua ini," kata Ummi Hafilda sambil menangis ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Azmin menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik luahan hati ibunya yang meminta beliau pulang ke pangkal jalan, selain mendakwa luahan itu petanda pilihan raya umum sudah dekat.

Dalam kenyataan terbarunya pula, Azmin menafikan beliau seorang anak derhaka tetapi pada masa sama, tidak pula memberitahu sama ada akan pulang menjenguk Che Tom atau tidak, walaupun itulah yang diharapkan warga emas tersebut.

Sementara itu, Ummi Hafilda mendakwa, kali terakhir Azmin bermalam di rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Taman Melawati kira-kira 24 tahun lalu dan sejak itu, Ahli Parlimen Gombak tersebut tidak pernah berbuat demikian walaupun pada hari raya.

"Kalau pulang pun Azmin tidak pernah bermalam. Apa salahnya bermalam dan biarkan ibu bermesra dengan cucu sekurang-kurangnya pada malam raya? Tapi Azmin boleh bermalam selama beberapa hari di rumah mertuanya, kenapa layan ibu begitu," soalnya.

Mengenai dakwaan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau kerap melawat Che Tom, Ummi Hafilda berkata, ia satu pembohongan kerana kali pertama dan terakhir isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melawat ialah pada tahun 1988.

Kali terakhir Wan Azizah bersua muka dengan Che Tom pula jelas Ummi Halifda, adalah kira-kira lapan tahun lalu, sewaktu Azmin mengadakan rumah terbuka dan sejak itu, tiada sebarang pertemuan berlaku antara Presiden PKR tersebut dengan ibunya.

Anonymous said...

Penyokong taksub PKR sepatutnya boleh nilai sendiri pemimpin pejaan hati mereka.

Anonymous said...

haloo bro..i org bsness..ade banchelor..36 thn..puas dah idup..u all nak durian runtuh u all ambik..tp jgn mnyesal kmudian ari..xgune nak advice org2 mcm ni..bile brg2 dah naik, makan mahal gler baru nak mbebel..always malay stupid

usin said...

ada yg kasihan, ada yg jeles, ada yg sakit hati atas apa yg diperolehi oleh peneroka. tak terkecuali pdo sendiri. mata hati dh gelap bila memihak pembangkang. tak payah bnyk2 ceritalah. apa yg diberi adalah kerana penyenaraian fgvh dlm bursa. tidak langsung melibatkan tanah yg dimiliki peneroka. apa yg tertulis dlm geran atas nama peneroka tidak terusik walau seincipun. jangan kerana terasa terancam undi peneroka pergi ke bn, maka bermacam2 fitnah pdo keluarkan. nabi pernah berpesan "andai bertelingkah antara kamu, maka kembalilah kepada al-Quran dan hadis". kalau pdo adalah pendokong parti pas yg berteraskan Islam sebagai perjuangan, jadilah pelopor untuk menurut apa yg dipesan oleh nabi. jangan bertindak seperti umno kononnya menyebarkan fitnah dan pembohongan tak habis2. adakah pas sama seperti umno? mana teras perjuangan Islam pas? nak menang dgn meraikan khianat, dengki, fitnah, hasutan, pecah belah, tuduhan palsu dan sebagainya? apa nilai kemenangan mcm tu? kemenangan yg jauh daripada keredhaan Allah?? dah la pdo, bezakan pas dgn parti2 yg lain. bermula dgn blog ini.
#ps: mazlan aliman lempar balik duit rm15000 yg felda bagi bagi pehak bapanya????

Anonymous said...

Faktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!

Anonymous said...

Selamat memajakkan tanah! 99 tahun tuh...

Anonymous said...

Jadi..... sepatutnya RM25,000 ke RM50,000 tapi najib bagi cuma RM15,000 je. Kurang RM10,000 ke RM35,000. KE MANA DUIT TU PERGI? POKET SIAPA?

Anonymous said...

Dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan.....
Ingat-ingatlah peribahasa ni....
Apa-apapun rezeki itu Allah swt yang berikan bukan dari tangan pemimpin pemerintah atau pembangkang......

Anonymous said...

Hah yang ini aku sokong... Rezeki itu datang daripada Allah. Atas keredhaan Allah. Contohnya Allah tidak perkenaan dan tak restu hasrt orang gila yang cuba merampas kuasa dengan memperlekehkan mandat rakyat seperti 'skript filem jenaka' 16 September.

Anonymous said...

Saudara usin,

Memanglah tidak ada langsung melibatkan tanah yg dimiliki peneroka. Tetapi kalau dah tak boleh bayar hutang.. maka tanah juga terpaksa jual. INGAT TOPIK UTAMA IALAH ... tak perlulah pakcik makcik felda ini t/tangan pinjam duit. Beri ajelah!!!! INI YG KITA PERJUANGKAN.. JGN MEMBEBANKAN RAKYAT DGN HUTANG!!! SAYA LEBIH SUKA FELDA BERI RM 5RIBU DRP RM15 RIBU HUTANG!!!! - Bob

Anonymous said...

BIASANYA UMNO HANDLE SAHAM GAGAL

Anonymous said...

Saya pula lebih suka dan lebih rela menerima dan memakan ubi (nyata) berbanding menerima dan memakan roti+keju (mimpi). Kesimpulannya majoriti warga FELDA lebih rela menerima keadaan seperti sekarang berbanding janji dan janji demi janji pembangkang yang hanya tahu membuat onar.

Anonymous said...

Majoriti rakyat Malaysia pula lebih suka dan lebih rela memilih untuk terus bernaung di bawah kerajaan yang sah pilihan rakyat, yang telah telah terbukti berkhidmat untuk rakyat, berbanding badut gila yang kemaruk kuasa sehingga tergamak untuk BERBOHONG, MENIPU, MENCURI dan MEMPERKOSA mandat rakyat (16 Sept)

Anonymous said...

Buat renungan semua peneroka Felda yang teruja dengan "Durian Runtuh"

SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.

Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya.

“Keadaan itu berlaku kerana kebanyakan mereka ‘rambang mata’ apabila mendapat bayaran antara RM1.3 hingga RM1.8 juta, bergantung kepada keluasan tanah.

“Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik,” katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat ‘durian runtuh’ pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira 32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan.

Katanya, faktor lokasi menyebabkan kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri atau perumahan.

“Kami menjual tanah tetapi akhirnya ada yang menjadi ‘jutawan fakir’ dalam masa beberapa tahun kerana boros membelanjakan wang pampasan, termasuk ada yang melabur dalam skim cepat kaya,” katanya.

Menurutnya, ketika menerima wang jualan tanah, suasana ketika itu meriah kerana banyak pameran kereta dan hartanah diadakan di Dewan Orang Ramai, tidak termasuk risalah yang dihantar dari rumah ke rumah,” katanya.

Adakah peneroka tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita seperti pepatah ' menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dsbnya?

BERINGAT INGATLAH, BERPESAN PESANLAH, AGAR TIDK TERLANJUR

mohd shahran said...

Yang Pakatan Rakyat nie melalak sangat bukan dengki dan marah sangat kat UMNO BN yang beria2 cuma nak beritahu dan memperingatkan kat bangsa sendiri. . Nanti apabila kebimbangan menjadi kenyataan . . Bangsa sendiri yang akan merempat. . FGVH da ada track record berniaga kat luar negara guna duit felda yang dapat bukan untung tapi rugi. . Kia sayang negara kita, kita sayang bangsa kita, kita sayang dengan peneroka. . Kalau betul jalannya dan tiada pengalaman yang rugi kita boleh redho. . Setakat ini perniagaan yang dijalankan oleh Bangsa UMNO belum ada yang untung semua rugi. . MAS, PERWAJA, POS, PROTON. . hmmmm

Anonymous said...

Siapa org gila yg sibuk sgt bercakap ttg merampas mandat rakyat 16 september? Org sdg cakap pasal rm3-4 billion yg hilang, dia cakap pasal mandat rakyat. Org gila ni dah lupa bn la yg rampas mandat rakyat di perak secara zalim. Dan bn jgk akan sekali lagi rampas mandat rakyat masa pru-13 nanti menggunakan undi pendatang asing dan undi hantu.

Anonymous said...

Subhanallah, semua komen-komen di atas semuanya orang melayu rasanya dan insyaallah beragama islam, bangsa lain melihat dan mentertawakan kita semua para sahabat,...kita berbincangan baik-baik, jaga agama jaga bangsa, insyaallah ada jalan penyelesaiannya...aminn..

Anonymous said...

anon 2.40, meme oghe mlayu, tapi mlayu umporno je yg tak faham, sebab dok nampak pitis, Mlayu PR, faham apa yg di perjuangkan untuk bangsa nya, IA ITU DUNIA/AKHIRAT. Bukan habuan dunia je. Bangsa lain pun tahu sikap orang UMNO.kalau pemimpin sendiri mengH********h,bangsa sendiri, boleh hormat ke?. maaf anon 2.40, ambo salute anda punya cadangan.

Anonymous said...

Apa pula ceritanya dengan orang Melayu yang mengaku beragama Islam tapi sanggup memperlekeh dan memutarbelit hukum untuk kepentingan politik sempit? Yang sanggup mengkafirkan sesama Islam? Yang boleh diam tengok orang kafir kencing Quran depan mata? Yang tak segan silu melakukan 'persetubuhan' haram siang2 dengan kafir? Isu FELDA ini sebenarnya satu pukulan maut bagi pembangkang. Sebab itu mereka buat berbagai isu untuk menghasut orang supaya membantah. SIAPA TAK KENAL PEMBANGKAN?

Sudah Pandai said...

MANA ADA PENEROKA YANG CERDIK....DALAM MALAYSIA NI

SEMUA BODOH MACAM LEMBU

PASAL TU SI NAJIB BOLEH PERBODOHKAN MEREKA SEMUA.....

COW....COW....COWWWWW

Anonymous said...

Yang lebih bodoh dan celaka adalah mak bapak yanh melahir dan mendidik manusia menjadi bodoh dan bacul macam ko.

Anonymous said...

Koi mcm biasa le, bagi duit koi ambik, 15ribu ye tak, tapi sign, hutang bank beli saham, pe kejadohnya wokme weh. Elok2 tak der hutang, x pasai2 nok tamboh hutang. buat memenda! Koi bukan pandai, mane ker faham pe ker jadohnyer saham2 tu. x penoh pulok koi dengar saham memanjang naiknyer...dohh gitu, nak bayor ngan duit maner bila dah jatuh sahham esok. Puok2 UMNO ni die peduli aper, diorang duit berkepuk2, 7 keturunan x habis. Yang sokong2 saham kat sini pun, bukan buleh percaye sgt, entoh2 UMNO yang bayor, mane kite kenai, hari2 ader kat sini, kalo tenggok dari komen2 org2 mcm usin ni pun, bukanyer ader akhlak sgt, banyok doh koi tenggok komen dia ni. Kalo koi x ambik saham ni, koi ikut cakap PR, koi pun x rugi ape2. Tanoh koi dah ada 10ekar, hasil bulan2 dalam 2 3 ribu, cukup ler tu utk makan anok beranok. Duit banyok2 buat aper, nanti kat akhirat susoh, nak kena soal jawab. lagi pun bukanyer PR suroh koi bayor duit kat diorang untuk dengar nasihat diorang. Betoi la tu diorg kata tu, Tgku Razaligh org UMNO tu pun kate macam tu. UMNO ni puok2 buat duit je, bukan kire susoh kite. Esok doh elok2, ada tanoh, x pasai2 kene gadai tanoh. xkan bank bagi pinjam bodo2 mcm tu jer...sape nok membayornyer esok. Najib bagi duit koi ambik, bukan duit die, menda duit koi juge,doh die memerentoh, kene le weh dia buat khidmat kat rakyat. x kan nok goyang kaki je, melampo awok UMNO, lawan tokey la weh mcm tu. Jadi koi ingat wokme kena fikir betoi wehh....tapi jangan lupe ambik duit...pankoh UMNO jangan sekali2, rosak anak cucu...

Anonymous said...

tgk video ni:
http://www.youtube.com/watch?v=rCnxmOowOLs

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]