script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Raja Petra Dakwa Ada 'Fail Sulit' Azmin Ali Ketika Beliau Jadi 'Setiausaha Sulit' Anwar Dulu !

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin (foto) mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih lagi dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

[Ramai yang tidak terkejut sebenarnya dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Blogger terkenal seperti Raja Petra Kamaruddin ini. Beliau kini, sedang bersedia untuk mendedahkan segala macam fail yang melibatkan pemimpin PKR terutamanya yang melibatkan kepimpinan tertinggi. Anehnya, segala fail yang ada padanya tentang keborokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN selama ini seolah-olah sudah ditutup oleh beliau sendiri. Maka itulah rakyat tidak hairan dengan kelibat RPK sekarang. Kini, tumpuan beliau lebih terarah kepada pihak lawan PM Najib Razak. Mungkinkah RPK sememangnya telah pun dibeli atau menjual harga dirinya sekarang ini?].
Share:

7 ulasan:

  1. KALAU RPK NIE ADE MAKLUMAT AZMIN YG. BETUL.. DLM. UMNO DULU2 TU..
    TENTU NYA ADE MAKLUMAT, RASUAH SCOPENE LIBATKAN PM.. JUGA PEMBUNUHAN ALTANTUYA.. JUGA DLM. UMNO..
    PINTA.. SPRM SIASAT BETUL2, BAIK AZMIN ATAU NAJIB...!!!
    ITU BARU ADILLLLL!!!!!!!
    ADE BERANI KE SPRM...????
    RAKYAT MARHAEN BAYAR GAJI KAU.. KERJA LAH DGN AMANAH!!! JUJUR..!!
    ADE BERANI????

    BalasPadam
  2. Mohamed Azmin Ali berada dalam kerajaan pada 1995 dan ketika itu Anuar Ibrahim sebagai TPM dan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Persoalannya mengapa Mahathir tidak siasat dan tangkap Azmin Ali seperti menangkap Anuar dengan kes liwat ?

    Apa Tun Mahathir bangang terlampau sehingga tidak dapat mengesan kes Azmin Ali melakukan penyelewengan. Takkan PM takut dengan TPM. Jika itu puncanya bermakna UMNO Baru Tun Mahathir melahirkan ramai pemimpin berjiwa lemah, pengecut dan bacul seperti dirinya.

    Mengapa kes itu diungkit oleh Raja Petra bukan kerajaan BN sedangkan Azmin Ali adalah kakitangan kerajaan yang dituduh mengumpul harta diluar kemampuan. Apakah pihak kerajaan tiada kemampuan untuk mendakwa atau ianya tidak setimpal dengan duit lembu yang disalah gunakan bernilai RM256 juta ?

    Macam mana rakyat nak sokong Raja Petra yang membongkar fail rahsia sedangkan Mohd. Najib sendiri sedang dipersoalkan tentang integriti nya selaku menteri pertahanan membeli kapal selam murah jadi mahal. Rasuah bertimpa-timpa ? Berapa ringgit yang Azmin curi buat harta jika dibandingkan sebentuk cicin bernilai RM24juta dijari Rosmah ?.

    Azmin ni orang PKR yang menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat. Kenapa tidak terus mengadu pada ketua polis negara, lagi pun dah ada fail rahsia suruh lah dia orang tangkap dan siasat. Pastinya belum sempat nak bermanja dengan bini polis dah ada didepan pintu rumah.

    Pada kebiasaannya bila kena pada pemimpin pembangkang polis akan bertindak pantas dan profesional. Belum pun siasat sudah ada laporan bersalah. Hebat polis Malaysia. Dan kalau bekas pemimpin PKR, Zahrain Hashim masih tak puas hati boleh suruh SPRM letakkan Azmin ditingkat 14, siasat sampai terjun bangunan. Selesai satu kes.

    BalasPadam
  3. Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan

    KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

    Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

    Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

    Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

    BalasPadam
  4. dulu ada MAT KOTAK...sekarang ade MAT FAIL & DOKUMEN.....ha..ha..ha aku je MAT DESPATCH

    BalasPadam
  5. Anon Thursday, May 31, 2012 12:58:00 AM...
    Aku tak tau ko kat mana... kalau aku tau aku cari ko belanja ko miunum teh tarik kat restoren mamak ...hehehehe kdang terasa hidup macam kita ni lagi best tak kacau orang pun, tapi kekadang orang pula kacau kita...

    BalasPadam
  6. betul pelik... RPK ini boleh caya ke? Bila datang sesuatu fitnah maka hendaklah kita siasat dulu siapa yang membawa isu ni... kalau RPK maka ada baik lupekan saja sbb dia sendiri tak betul.... RPK ini mesti kaki ini ...., kaki tu..., bini pun tak bertudung ... apa nak cayakan dia ni....so pembaca boleh nilailah siapa dia ni....

    BalasPadam
  7. Orang terencat akal dan otak tumpul macam ko saja yang lebih percayakan Anwar Bin Ibrahim. Sebab tu kalau anwar kata taik lembu segar tu sedap dimakan dan berkhasiat untuk kesihatan, ko yang bodoh dan bacul tu pun tak buang masa terus masuk kandang lembu cari taik lembu untuk dimakan. Harrk tuihhh!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

UMNO Pahang Pertimbang Tiga Bentuk Jajaran Kerjasama BN-PN, BN-PH Atau Bergerak Solo Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 Ini

KUALA LUMPUR : UMNO Pahang sedang mempertimbangkan tiga bentuk jajaran politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sama ada ker...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.