KUALA LUMPUR 29 Mei - Setelah sekian lama kedudukannya sebagai Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton) diperkatakan sejak pembuat kereta nasional berkenaan diambil alih oleh DRB-Hicom, akhirnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (foto) mengundurkan diri. Sementara itu, Proton mengesahkan perletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa 4 Julai ini. "Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata satu kenyataan pengeluar kereta nasional itu hari ini. Syarikat itu juga umumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai. "Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah, seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan juga Iran.
[Dengan pengesahan ini maka kontroversi yang melanda selama ini akhirnya terbukti jua. Spekulasi dan khabar angin mengenai perletakan jawatan beliau sememangnya telah lama disebarkan sebelum ini. Kini, segalanya terbukti dan apa yang difikirkan oleh rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Nampaknya, kini ramai pihak yang tercari-cari apakah punca sebenar yang menyebabkan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir terpaksa mengundur diri. Apakah beliau juga menerima tekanan demi tekanan daripada pihak yang berkenaan agaknya. Harus diingat bahawa mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad masih berkuasa terhadap Proton. Apakah beliau memainkan peranan terhadap kontroversi ini agaknya?. Kini, siapa pun penganti sudah pasti mereka perlulah mencari individu yang sanggup mengikut arahan dan tidak berani membantah apa saja tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu. Soalnya, siapakah yang paling layak dan berani menerima jawatan itu selepas ini?].






Hahaha.. bodoh ko ni..
BalasPadamIni semua kerana Mahathir mahu kroni dia saja dalam Proton.. Kesian sebenarnya kat Syed Zainal ni. Banyak perancangan dah siap..tup tap tup tap orang lain ambil je..
BalasPadamAda nama, tapi tak ada kuasa...lebih baik letak jawatan....
BalasPadamDan berebutlah korporat luar negara menggaji anak Melayu yg berjiwa besar sepertinya mcam Hassan Merican ex-CEO Petronas...Orang yg pandai disishkan...
BalasPadam