Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Sukan Malaysia XV (SUKMA) PAHANG 2012 Bakal Di Rasmikan Di Stadium Darul Makmur Malam Ini

Biar pun penuh dengan kontroversi, akhirnya Sukan Malaysia XV Pahang 2012 bakal dilancarkan secara rasmi di Stadium Darul Makmur malam ini. Raptai dan latihan intensif telah diadakan sejak beberapa hari lalu untuk memeriahkan acara pembukaan malam ini. Khabarnya, syarikat yang menguruskan acara persembahan (Event Management) ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Dato' Siti Nurhaliza artis tersohor dari negeri ini. Beliau menggunakan lebih 2,000 pelajar sekolah sekitar Kuantan untuk membantu menjayakan program tersebut. Tinjauan PDO, ke stadium semasa latihan terakhir malam kelmarin mendapati Stadium Darul Makmur kini benar-benar sudah berwajah baru. Imej warna-warni menghiasi seluruh kawasan stadium bagi menyambut kehadiran ribuan peserta dan penyokong masing-masing ke temasya sukan terbesar di negara kita ini. Gajah masih menjadi maskot SUKMA di Pahang kali ini. Walau pun ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kejayaan sukan itu, namun pihak penganjur percaya ia akan berjalan seperti yang dirancangkan. Memang ada kecacatan terutamanya dari segi persiapan vanue-vanue sukan, malah ada lokasi yang terpaksa dibatalkan biar pun ribuan ringgit telah dilaburkan untuk membaik pulih kemudahan terbabit. Namun, dek kerana kelewatan maka ia digantikan dengan vanue yang lain. Apa yang pasti, ramai pihak kini memantau dan mahu melihat kejohanan SUKMA di Pahang kali ini berjaya. Dengan belanja melebih RM200 juta ringgit maka ia diharap dapat menjadi sejarah baru dalam industri sukan di negara ini. Penyertaan negara Brunei Darus Salam juga diharap menjadi suntikan baru untuk menyemarakkan lagi semangat athlet kita pada kejohanan ini.




Difahamkan, kini bandar Kuantan sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang mula berpusu-pusu untuk memenuhi stadium malam ini. Mereka datang awal-awal lagi untuk tidak melepaskan peluang keemasan bagi menyaksikan detik bersejarah perasmian SUKMA XV Pahang 2012 malam ini. Bagi kami, bair pun banyak pendedahan panas yang dilakukan terhadap pihak terbabit sebelum ini, namun kami juga berharap SUKMA kali ini dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kita tidak mahu lagi mendengar isu-isu panas seperti stadium runtuh atau sebagainya. Imej Pahang akan tercemar jika ada insiden panas seperti ini. Pada tahun 1996 dulu, umum masih ingat beberapa hari menjelang perasmian tiba-tiba bumbung Stadium SUKPA di Bandar Indera Mahkota telah runtuh. Ini amat memalukan dan diharapkan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

[Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) malam ini juga, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar. Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah. Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri. Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani. Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar. Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara. Acara gilang-gemilang ini akan disiar secara langsung RTM].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

wellfxsystem said...

Salam Sejahtera
Kini trading forex anda lebih mudah dengan Pakej Forex Terbaik Di malaysia.
Di Muatkan Dengan Pelbagai Ebook Panduan Dan Juga Software Terkini yang paling
Latest dan Update Khas Untuk Anda Semua. Malah ianya amat sesuai untuk semua
orang tidak kira sama ada anda Newbie Mahupun Professional Dan ianya juga sesuai
tidak kira untuk Full Time Forex Trader Mahupun Part Time Forex Trader.

-Pakej Ini disediakan khas untuk semua forex trader mahupun newbie
yang berminat dalam forex trading.
-Sokongan Dan bantuan Penuh daripada Admin WellFX Forex System 2012
-Setiap Pelanggan Akan Mendapat Update Secara Percuma
-Mudah Digunakan!Mudah Di Fahami.
-Harga Paling Rendah Dan Paling Murah!
-Di Lengkapi Dengan Software Autotrader Dan Templates Terbaru!
-Di Lengkapi Dengan Panduan Pemasangan Dan Penggunaan Sistem Ini.

Bukan itu sahaja,Anda juga boleh menyertai kami dalam perbincangan forex di antara
newbie dan professional yang sedia membantu anda termasuklah Admin.
Dapatkan pakej WellFX Forex System 2012 dan juga sertai kami di group facebook kami!
http://www.wellfxsystem.com/

Anonymous said...

ELAUN KAMI BILA NAK BAYAR.KLEPET KUAT AHH

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]