Kerajaan Akan Dapatkan Semula Enjin Hilang
PUTRAJAYA, 4 Jan [5.01 pm] - Kerajaan akan berusaha mendapatkan kembali dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didapati hilang dengan kerjasama negara terakhir enjin itu dikesan. Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (foto), dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, sekatat ini kertas siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan masih menunggu proses pendakwaan.
[Amat mengejutkan kenyataan Peguam Negara ini sebenarnya. Beliau sepatutnya mengumumkan proses pendakwaan terhadap individu yang terlibat dan dalang penjualan haram ini. Bukannya menjadi Menteri Pertahanan untuk mengumumkan kerajaan akan berusaha dapatkan kembali enjin itu. Jika ia diperolehi sekali pun, siapakah yang akan membayar RM100 juta kepada pembeli terbabit?. Apakah wang rakyat akan digunakan?. Bagaimana dengan mereka yang dapat habuan itu?].
Selangor Berkuasa Sekat Kegunaan Nama Allah
PUTRAJAYA, 4 Jan [5.01 pm] - Kerajaan akan berusaha mendapatkan kembali dua enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didapati hilang dengan kerjasama negara terakhir enjin itu dikesan. Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (foto), dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, sekatat ini kertas siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan masih menunggu proses pendakwaan.[Amat mengejutkan kenyataan Peguam Negara ini sebenarnya. Beliau sepatutnya mengumumkan proses pendakwaan terhadap individu yang terlibat dan dalang penjualan haram ini. Bukannya menjadi Menteri Pertahanan untuk mengumumkan kerajaan akan berusaha dapatkan kembali enjin itu. Jika ia diperolehi sekali pun, siapakah yang akan membayar RM100 juta kepada pembeli terbabit?. Apakah wang rakyat akan digunakan?. Bagaimana dengan mereka yang dapat habuan itu?].
Selangor Berkuasa Sekat Kegunaan Nama Allah

SUNGAI BESAR, 4 Jan [4.30 pm] - Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto). "Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini. Keputusan itu menimbulkan rasa marah umat Islam. Mengulas mengenai ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menyokong keputusan itu, Khalid berkata, ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah Allah tidak digunakan.
[Memang ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Allah adalah tuhan segenap alam ini dan bukannya hanya untuk umat Islam sahaja. Pengunaan nama tidak menjadi halangan jika ia bukan bertujuan untuk penghinaan. Maka itu, konsep ini perlu diperhalusi dengan jelas dan lebih teliti bagi mengelakkan sebarang masalah. Lagi pun kes ini masih diperingkat keputusan Mahkamah Tinggi dan belum lagi difailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Cuma yang melatah sekarang ini ialah puak-puak UMNO yang kononnya mempertahankan Islam. Walhal rakyat sebenarnya tidak terlalu terkejut dengan isu ini kerana Hakim bicara sendiri pun bukannya beragama Islam. Maka sudah pastilah keputusan sebaliknya].
Pelajar Perempuan Cedera Dipukul Penyamun[Memang ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Allah adalah tuhan segenap alam ini dan bukannya hanya untuk umat Islam sahaja. Pengunaan nama tidak menjadi halangan jika ia bukan bertujuan untuk penghinaan. Maka itu, konsep ini perlu diperhalusi dengan jelas dan lebih teliti bagi mengelakkan sebarang masalah. Lagi pun kes ini masih diperingkat keputusan Mahkamah Tinggi dan belum lagi difailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Cuma yang melatah sekarang ini ialah puak-puak UMNO yang kononnya mempertahankan Islam. Walhal rakyat sebenarnya tidak terlalu terkejut dengan isu ini kerana Hakim bicara sendiri pun bukannya beragama Islam. Maka sudah pastilah keputusan sebaliknya].
[Kes jenayah seperti ragut ini semakin menjadi-jadi sekarang ini. Pihak polis digesa mempergiatkkan lagi operasi untuk menahan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab. Hukuman yang lebih keras wajar dikenakan terhadap mereka yang terbabit agar ia memberi pengajaran serta tauladan kepada rakan-rakan yang lain untuk terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti itu. Semoga semua dapat lebih berhati-hati selepas ini].
Muhyiddin Mahu Rakyat Yakin Langkah Kerajaan
KUALA LUMPUR, 4 Jan [1.30 pm] - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), mahu rakyat yakin dengan langkah yang diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu penggunaan perkataan "Allah" dalam The Herald-Catholic Weekly yang dibenarkan Mahkamah Tinggi, Jumaat lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat khsusunya umat Islam harus bertenang seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Najib semalam berkata, umat Islam perlu bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu itu dan kerajaan amat memahami perasaan dan sensitiviti umat Islam berkaitan isu itu. Mengulas perkara itu, langkah yang diambil kerajaan itu akan mengambil kira pelbagai sensitiviti, meliputi aspek sejarah dan kesannya. "Kita turut mengambil kira bagaimana tindakan ini dari sudut Perlembagaan negara, undang-undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari sempena permulaan sesi persekolahan 2010, dekat Subang, hari ini.[Muhyiddin tidak perlu memaksa rakyat untuk menerima segala apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan dalam isu ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak yakin lagi dengan kerajaan, susulan kelewatan mengendalikan kes ini dan membawanya ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Jika selama ini mereka banyak kali membatalkan banyak keputusan besar yang menghancurkan harapan rakyat, maka kenapa kali ini mereka terhegeh-hegeh dan langsung tidak bermaya seolah-olah tiada langsung kuasa untuk melakukan tindakan].
Abu Kassim Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya
KUALA LUMPUR, 4 Jan [12.20 pm] - Datuk Abu Kassim Mohamed (foto), hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di sini. Pelantikan Abu Kassim, 49, berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang memutuskan untuk bersara pada 31 Disember 2009 iaitu lima bulan lebih awal daripada tempoh kontraknya berakhir. Menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 sebagai pegawai siasatan, Abu Kassim memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Sains dalam bidang Kehakiman Jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.Beliau pernah menjadi Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Bhd. Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Apabila BPR bertukar menjadi suruhanjaya pada 1 Januari tahun lalu, Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya.[Perlantikan Abu Kassim diharap dapat memulihkan reputasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun, jika keadaannya tetap sama dengan apa yang berlaku sekarang ini maka tiada gunanya SPRM bertukar kepimpinan sedangkan hakikatnya dua kali lima sahaja. Walau bagaimana pun, rakyat amatlah berharap agar Abu Kassim dalam melaksanakan tanggungjawab dan melakukan tindakan dengan rasional, profesional, adil dan saksama untuk seluruh ramyat Malaysia, tanpa membezakan kaum, bangsa serta fahaman politik kepartian masing-masing. Semoga SPRM akan berubah dibawah kepimpinan baru Datuk Abu Kassim ini hendaknya].






Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.
BalasPadamThese activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
The Calvary Convention Centre when completed will have a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational environment.
khabarnya terbesar di asia dan dah menelan kos rm150 juta.terletak di bukit jalil area kuala lumpur.bukan selangor.karang totok umno yang buta geografi ingat kat selangor pulak.kalau kl ni kira bawah pentadbiran DBKL yang diketuai oleh menteri wilayah persekutuan.
orang umno tak nak demo ke.takkan pemimpin korang tak tahu gereja ni nak bina di sini.siapa yang meluluskannya
memang korang miskin politik.setahu tok ketua hakim negara,tun zaki azmi bekas timbalan pengerusi jawatankuasa tetap umno.ahli umno lah tu.pemimpin umno pulak tu.patut mamat ni letak jawatan kerana gagal uruskan masalah ni.
BalasPadammacamana boleh biarkan hakim bukan islam bicarakan kes ini.kalau kes nizar dulu bila mahkamah tinggi isytihar nizar mb perak yang sah terus ke mahkamah rayuan bersidang tak sampai 24 jam dan membatalkan keputusan mahkamah tinggi.mana lagi penting.BN dapat perintah perak atau nama Allah.nampak sangat tak ikhlas.elok hishamuddin letak jawatan kerana rasa macam tak layak je dia jadi menteri dalam negeri.bukan ke mamat ni lawyer dulu?kenapa lambat sangat rayuan kes nama Allah ni?rakyat sekarang dah cerdik.x adanya kami nak berdemo seperti yang diharapkan najib.orang umno lainlah sejak kalah banyak negeri ni banyak masa terluang boleh buang masa
tun zaki azmi bekas timbalan pengerusi jawatankuasa tatatertib umno
BalasPadampaling penting rakyat kena fokus isu enjin jet hilang.benarkah bukan 2 yang hilang tetapi 4 enjin jet?elok MP PR tanya di parlimen.kenaikan mendadak harga gula dan roti juga menyusahkan rakyat.MP PR kena tanya apakah sekarang FELDA mendominasi pasaean gula.ramai yang tidak tahu di Felda chuping di perlis terkenal dengan penanaman tebu.apakah benar robert kuok telah menuak kesemua saham syarikat gulanya?
BalasPadamkalau gula naik,najib boleh beri alasan nak kurangkan risiko diabetes atau kencing manis tapi macamana pulak dengan roti.
Bilamana Peguam Negara tanggung kerja Menteri Pertahanan. Ana tak tau nk cakap apa dah... ana cuma belajar takat darjah 6. tp ana faham 100 + 100 = 200
BalasPadamdah lesap 100 juta kini kerajaan terpaksa bayar balik 100 juta pd pembeli enjin kapcai tua. hahahah aku rasa nk muntah dgn cerita kartun negara lakonan katun katun otak keldai negara. cukup licik menyedut wang. alangkah bahagianya jika peguam negara dakwa semua yg trlibat dan berusaha dapatkn ratusan billion wang negara yg selama ini lesap bagai debu ditiup angin gila.
RAKYAT kata biarkan... biarkan lucai bawa lari wang negara... no hal sebab rakyat semua bodoh mcm unta tk sekolah
tok iskandar besi buruk hilang pun hang dok kalut buat apa. entah entah hang punya keja ni. mengaku je sebelum di siasat oleh sprm. hang tak tahu cerita tak payahlah dok buat cerita. geli ketiak aku hu hu hu... nun manjung.
BalasPadammamat mangkuk air 11:00am ni berok ke monyet tk tahu nilai besi buruk dgn nilai duit 100juta.
BalasPadamkalu mung ada dpn aku skrg brg tentu kena penyepak free aku.
bodo supo taik.. nk sampuk ckp org tua. menatam dia tu budak ingus.kena penampar free jerit la
Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet F-5E TUDM - Peguam Negara
BalasPadampeguam ni sekolah darjah berapa. bg kenyataan mcm dak tadika ulu yam. Samalah mcm bom C4 blh kuar sendiri dari kem askar dan meletupkn tantuya dgn sendirinya tanpa ada org pangkat paling tinggi tentera sign borang pengeluaran C4.
kepala otak aku pening memikirkn ajaib bom dan askar prebet yg jual enjin pd tauke besi buruk. inilah negara kita malaysia yg akan maju 2020 kelak. jadi taik la gamaknya negara ni 10tahun lagi.
bukit bukau gunung ganang semua hasil bumi negara hanya utk petualang petualang bijaksana ini membelit rakyat seribu bahasa natijahnya rakyat buta huruf hanya mampu angguk. UMNOlah pemimpin kami bg kami makan selama ini...
nukilan umat yg sedar kena tipu sejak merdeka.
Ape ke bangangnya kenyataan Enjin Jet Hilang Kerja orang bawah, ingat enjin motosikal kapcai lama ka. rakyat malaysia ni semua tk berotak ke kena perbodohkan hidup-hidup oleh lanun lanun berlesen. bukan sekali ni je lesap ratusan juta wang negara. malah dah byk kali sgt. Bangang tol pemimpin itu. Buat je lesap ratus juta esok kerajaan ganti balik..senang apa nk kecoh. sampai kerajaan tk mampu nk tampung lg ketirisan wang negara nah kamu la rakyat kena jual seekor demi seekor kat peraih manusia.
BalasPadam"Kenyataan awal yang di buat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan," katanya lagi.
Hebat: Prebet Jual Enjin Jet Macam Jual Enjin kapcai C50 Model 1975
BalasPadamMalaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.
Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.
Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.
Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.
Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.
Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.
Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.
"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.
Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.
Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.
"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.PELIK WAL AJAIB.
Aku rasa sikit masa lagi ramai org kampung pun join jual enjin F1 tersadai di litar sepang.
Malaysia BOleh semua sapu bersih jgn tinggalkan walau sesen pun kata pemimpin-pemimpin yang kita sayangi. Kita hentam apa saja yg blh buat duit. hehehe
KITA ADA BANYAK UWANG!!!!!...AMBIL!!!...AMBIL!!!...AMBIL!!!...itulah cogankata pemerintah kita sekarang...fikirlah siapa kita perlu pilih.
BalasPadamTahniah kpd prebet2 kerana dpt seludup enjin dan jual ke luar negara..x sangka betoi korang memang hebat,,nak deal and nak contact buyer oversea bukan nya semudah iklan kat mudah.my.korang memang tererr.nk tau prebet2 tu seme ade ijazah tau..sebab x de O jwtn pegawai so trima je la jwtn prebet...tabik betoi pada geng2 prebet..enjin MIG x nak jual kerrr.. bravoo..hihihi
BalasPadamWoi!!! pemimpin pemimpin taik jgn jual besi buruk belakang rumah kami dah lah. itu harta kami. Itu jer rezeki yg kami kais pg dan ptg. Tolonglah jgn rampas dan jual besi buruk kami itu.
BalasPadamKami akan tetap undi kamu pemimpin yg kami sayangi. Kami suka tengok kamu mewah kaya raya. kami tak kisah kami hidup kasi pagi mkn pagi jer. ptg kami tk makan tkde duit. Apapun Undilah Barisan Nasional, periuk nasi kami tu, BN bagi rezki pada kami, Tkde BN mati lah kami tk berasaplah dapur kayu kami.
Hahahahahahahahahahahaha boliau ma BN