KUALA LUMPUR, 10 Jan [3.00 am] - Desas-desus perletakkan jawatan Datuk Salehuddin Hashim akhirnya terjawab malam tadi, bila mana Saifuddin Nasution dilantik mengisi kekosongan sebagai Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat yang baru. Pengumuman itu telah dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu perletakkan jawatan Datuk Salehuddin. Sebelum ini Saifuddin adalah merupakan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat dan beliau kini masih Ahli Parlimen Machang.
Wanita Pertama Jemaah Menteri Meninggal
KUALA LUMPUR, 10 Jan [2.04 am] - Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim (foto), 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam ini kerana sakit tua. Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur esok di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara. "Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. Allahyarham meninggalkan 6 anak. Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor, sebelum memulakan kerjaya sebagai guru. Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita UMNO pada 11 September 1956 hingga Jun 1972. Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden UMNO mulai 1963 hingga 1967. Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.
[Pahang Daily Online mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Cuma, jauh dari sudut hati kita agak terkilan kerana Allahyarhamah meninggal dalam UMNO yang diperjuangkan, dan UMNO itu bukan lagu UMNO lama yang berjuang untuk membela rakyat. Sebaliknya banyak melakukan tindakan yang lebih banyak menyusahkan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Al-Fatihah buat rohnya. Amin].
Sukan, Selangor Juara Piala Sumbangsih 2010
SEREMBAN, 10 Jan [1.00 am] - Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah (foto), selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi. Bagaimanapun, N.Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27. Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selepas rehat, pasukan "The Red Giant" bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor. Keputusan lain bagi Liga Super pula Kuala Lumpur 1 - T-Team 1 , KL Plus 3 - Pulau Pinang 1 , Pahang 2 - Perak 1 , Terengganu 0 - Kelantan 0 , Johor 0 - Kedah 3 dan Perlis 0 - Johor FC 1. Syabas buat pasukan Pahang !![Tahniah diucapkan kepada negeri Pakatan Rakyat, Selangor Darul Ehsan atas kejayaan yang cukup menakjubkan ini. Sesungguhnya suara rakyat yang bergema di Stadium Paroi telah menenggelamkan suara kerama penyokong Negeri Sembilan. Ini membuktikan pasukan yang sudah menjadi juara Piala Malaysia, tidak semestinya menang dengan pasukan yang tidak menjadi juara. Kejutan ini juga akan berlaku dalam politik. Pemimpin yang menang tidak semestinya akan kekal berkuasa buat selamanya. Berhati-hatilah dan senantiasa beringat bahawa roda itu senantiasa berpusing. Ada masa kita diatas dan adakalanya kita akan berada di bawah. Syabas buat pasukan Selangor Darul Ehsan !!].






pdo ingat mati dalam pas or pakatan masuk syurga ke??? mengucaplah... umno ke, pas ke, pkr ke kalau amalan tak ada jgn harap la... cakap tu fikir dgn otak jgn ngan lutut...
BalasPadampdo ingat mati dalam pas or pakatan masuk syurga ke??? mengucaplah... umno ke, pas ke, pkr ke kalau amalan tak ada jgn harap la... cakap tu fikir dgn otak jgn ngan lutut...
BalasPadam