KUANTAN, 21 Jan [10.00 am] - Biar pun Konvensyen PKR Pahang sudah pun berakhir pada Ahad lalu dengan jayanya. Namun, kini masih terdapat sesetengah pihak yang kecewa dengan beberapa perkara kontroversi yang tidak sewajarnya berlaku. Menurut sumber, mereka sudah beberapa kali mengajukan perkara itu kepada pihak terbabit sebelum ini. Namun, ternyata apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan malah cukup mengecewakan. Menurut seorang perwakilan yang turut hadir ke konvensyen tersebut baru-baru ini, beliau merasa amat terkilan kerana program besar seperti itu diadakan di sebuah restoran Cina dan tidak mengambil kira sensitiviti perwakilan Melayu yang turut hadir ke majlis tersebut. "Kami mempertikaikan faktor makanan dan tempat solat yang sepatutnya dititik beratkan kerana ada sebilangan besar daripada kami datang dari jauh untuk tujuan itu" katanya. Sememangnya, lokasi majlis yang dijalankan di Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad dekat sini mengelirukan para perwakilan sebenarnya. "Kami disajikan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam terutamanya ketika makan tengahari. Walhal sepatutnya pihak penganjur memanggil katering Melayu dari luar jika pun ingin mengadakan program di situ" katanya. "Saya terpaksa menahan lapar, akibat was-was untuk makan. Tambahan pula melihat suasana restoran tersebut yang agak kotor dan penuh dengan botol minuman arak.
Ia tidak sesuai bagi menganjurkan sebuah acara seperti itu sebenarnya" tambah beliau lagi. Adalah tidak wajar pihak penganjur memberikan hak kepada orang bukan Melayu (pengusaha restoran terbabit) untuk membekalkan makanan kepada para perwakilan yang majoritinya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Tidak menjadi masalah untuk menggunakan dewan berkenaan sebagai tempat konvensyen, tetapi penganjur harus peka dengan bab-bab makanan. Biarpun ada pekerja Indonesia yang dilihat berkerja di restoran itu, namun ia tidak menjamin tahap kebersihan makanan yang disediakan. Tambahan pula pekerja terbabit juga sudah lama bertugas disitu dan senantiasa menyediakan makanan tidak halal kepada para pelanggannya selama ini. Restoran Tan Jung adalah salah sebuah premis yang sering dijadikan lokasi untuk majlis-majlis besar anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. "Kenapa tidak pilih lokasi yang lebih bersesuaian untuk tujuan tersebut, ataupun sekurang-kurangnya makanan disajikan oleh katering dari luar. Itu lebih afdal" kata seorang perwakilan dari Cabang Maran. Akibat daripada kealpaan tersebut maka satu kejadian tidak diingini telah berlaku di sebelah malamnya, iaitu ketika Majlis Makan Malam PKR yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdapat tetamu yang sudah membeli tiket berharga RM50 tidak sanggup untuk menjamu selera akibat melihat makanan disajikan oleh orang-orang bukan Islam. Malah terdapat juga kaum Tionghua yang tergamak membawa masuk botol arak ke dalam dewan. "Ini amat mengejutkan, kerana ketika itu mereka duduk semeja dengan ahli PAS yang turut hadir dalam majlis itu. Saya dapat lihat ahli PAS terbabit begitu kecewa dan langsung tidak menjamah makanan, bila melihat botol arak depan mata mereka" kata beberapa orang perwakilan dari Cabang Indera Mahkota.

[Susulan daripada kes ini telah menyebabkan tetamu terbabit meninggalkan dewan jamuan lebih awal lagi. Kami cuba menghubungi beberapa pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut kes ini, namun tiada jawapan yang diberikan. Oleh itu sebagai pengajarannya. pihak penganjur perlu peka dengan kontroversi ini. Memang kita tahu, kaum Tionghua paling ramai hadir dan membeli tiket untuk bersama Anwar dalam majlis tersebut. Namun petugas yang diberi tanggungjawab perlulah memastikan tidak ada tetamu yang membawa masuk botol arak ke dalam dewan. Ini amat mencemarkan majlis berkenaan. Pada masa hadapan, sebarang majlis makan malam atau konvensyen yang diadakan maka pihak penganjur tidak wajar menyerahkan bulat-bulat kepada petugas bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal makanan dan sebagainya. Lokasi mungkin tidak menjadi halangan, tetapi faktor makanan menjadi teguran. Oleh itu, pihak terbabit perlulah mengambil iktibar atas perkara ini. Kita tidak salahkan mana-mana pihak dengan kejadian ini, tetapi yang salah itu tetap salah dan ia perlulah diperbetulkan sebenarnya].

pr pahang takde fund event tu pun tokey china belanja...
BalasPadamtahun depan saya cadang buat kat air terjun panching.

Inilah arah tuju perjuangan dan pimpinan PKR mendahului politik hingga bangsa dan agama tergadai.Dah tak kenal mana satu maruah bangsa.Enggeh saja janji diri popular.
BalasPadamsetuju....PKR ni gerakan freemason yang di tunjangi oleh orang kecewa..tgk lambang xker sama dengan freemason...pikir2kan la
BalasPadamHo,padan la makanan haram jadi makanan para pendukung PKR...Anwar orang yang paling gembira, begitu juga dengan para penjilat dubur nya..hehe.
BalasPadamPKR, sudah tidak peka dgn halal dan haram, mana dr badrul amin. tak tegur ke?
BalasPadamapa dah jadi ni.....???
BalasPadamkeh keh keh...makan je la... pakatan mesti sepakat..hehe
BalasPadam