script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Susulan Kenaikkan Harga Gula, Parti Keadilan Rakyat Yakin Kerajaan Akan Menaikkan Harga Petrol Dan Diesel Dalam Masa Terdekat Ini

KUANTAN, 2 Jan [3.30 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan. Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu. “Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,” katanya. Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan. Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum. Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat. Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku. “Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”
katanya. Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang. “Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya


[Kenaikan harga barangan adalah satu tradisi Kerajaan UMNO dan BN mutakhir ini. Biarpun rakyat dihimpit dengan berbagai masalah ekonomi yang melanda, namun semua itu gagal diambil perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin mereka. Malah, mereka lebih rakus untuk terus mendera rakyat dengan berbagai lagi kenaikan selaras dengan motton BN itu sendiri iaitu "Barang Naik". Anehnya, masih ada rakyat yang terus dibutakan mata dan hati untuk memilih kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Hanya dek kerana wang mereka sanggup menggadaikan maruah dan harga diri. Akhirnya mereka juga terpaksa menanggung penderitaan akibat tindakan kerajaan yang jelas amat mengecewakan sebahagian besar mereka. Inilah akibatnya bila ada rakyat yang tidak dapat menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan. Mereka akhirnya sama-sama terjerumus ke lembah kesengsaraan dulu kini dan buat selamanya].
Share:

2 ulasan:

  1. Wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

    Orang UMNO tiada masalah kalau petrol naik rm3 seliter sebab mereka semua duit byk tk habis makan. hasil projek, rasuah, jual enjin jet, jual balak negara, harap jgn jual bini-bini anda utk dapat duit segera.

    Ingatlah Apa jua yg anda lakukan tetap akan dapat balasan dari allah kerana anda hanyalah hamba allah yg maha hina lagi bangang

    BalasPadam
  2. "Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang. “Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya"

    erm.. cuba korang fikirkan sape sebenarnya yang nak jual negara.. aku rasa annuar masa dia jadi menteri kewangan dlu secara terang nak jual negara kita kepada bank dunia dan kepada sorang lg penyangak iaitu george soros.. erm... fikir2kan lah ;) tu pada apa yg aku terfikir ler... dan korang sedar tak.. dalam sejarah malaysia... parti keadilan la yg wujudnya bertujuan @ motif utama ialah memperjuangkan individu.. iaitu pembebasan annuar ketika dlm penjara.. lain2 parti kt msia stau aku wujud sbb nak mmperjuangkn persatuan @ bangsa termasuk PAS.. pun diwujudkan untuk mmperjuangkn islam dan org melayu.. ;)
    soryy tu hanya pendapat aku ler :)

    esquento..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.