script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gagasan 1Malaysia, 36 Orang Termasuk 6 Penuntut IPT Ditahan Kerana Berpesta Dadah Di Jalan Pudu Ulu, Cheras Ulu Awal Awal Pagi Tadi !!

KUALA LUMPUR, 16 Jan [3.45 pm] - Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut 'merelakan' diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ''berpesta dadah'' ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi. "Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita. "Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara...yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita," katanya. Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk beberapa biji pil eramin 5 dan ecstasy. "Selain eramin 5 dan ecstasy, kita juga menemui beberapa paket kecil yang mengandungi serbuk syabu dan ganja. Dadah-dadah ini dilihat berselerakan di atas meja dan ada juga yang kita temui pada suspek-suspek terbabit," katanya. Abdul Rahim berkata ujian saringan air kencing turut mendapati kesemu mereka positif dadah. "Siasatan awal juga mendapati mereka ini mengenali antara satu sama lain dan berkunjung ke pangsapuri ini untuk berhibur. Kita juga tidak menolak kemungkinan ada berlakunya aktiviti seks memandangkan dalam kumpulan ini terdapat wanita. "Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya.

[Apa yang berlaku ini membuktikan kepada kita bahawa gejala sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kita semakin parah sekarang ini. Apalah guna gagasan 1Malaysia jika manusia itu tidak kembali kepada ajaran Al-Quran yang sebanrnya. Kejahilan rakyat terhadap agama menyebabkan mereka tidak takut untuk melakukan maksiat dan jenayah lagi. Lantaran itulah kita tidak hairan golongan terpelajar seperti mahasiswa IPT seperti inipun boleh terjebak dengan gejala dadah yang jelas tidak bermoral itu].
Share:

3 ulasan:

  1. Kebanyakan mereka ini di lahirkan atau di besarkan semasa Rejim Tun Mahathir jadi PM selama 20 tahun di mana beliau telah membuat dasar dasar negara yang cukup cangih..Maka ini lah dia hasil nya kesan pada satu Generasi yang telah di didik melalui dasar Prakmatisma yang meletakkan Nilai Kebendaan melebihi nilai Moral.Akibat nya kita sebagai rakyat lah yang tanggoh musibah.

    BalasPadam
  2. konco2 BN jugak yang jadi tokeh dadah ni...pastu konco2 BN jugak yang tangkap penagih tu....pastu, penyokong2 BN jugak yang tanggung biawak hidup tu dalam penjara.....pastu, PM akan kata," kalau rakyat risau gejala dadah ini, maka kami para menteri lagi bertambah risau.....", pastu, konco2 BN pakat tepuk ramai2 tanda gumbira pasal pemimpin mereka perihatin pada masalah negara.....katun punya cerita....

    BalasPadam
  3. dan katun lagi komen the smurfs

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.