KUALA LUMPUR, 8 Jan [2.10 pm] - Perhimpunan Aman Membantah Tindakan Kerajaan Mesir yang menghalang dan menzalimi misi bantuan kemanusiaan "Viva Palestin" baru-baru ini. Pada kejadian itu, lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan tersebut. Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh anggota Viva Palestina kerana membantah keputusan Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan El-Arish untuk dibawa ke Gaza. Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan itu. Dalam perhimpunan aman yang berlangsung selepas solat Jumaat tadi, para peserta telah berjemaah dan berkumpul di Masjid Komplek Tabung Haji di Jalan Tun Razak dekat sini. Program yang dianjurkan oleh PAS itu telah disertai oleh hampir dua ribu orang peserta termasuk pimpinan PAS Pusat sendiri seperti Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan), Salahuddin Ayub (Naib Presiden), Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS), Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS) dan ramai lagi. Turut kelihatan ialah Ketua Angkatan Muda PKR, Samsul Iskandar Md Akin. Perarakan bermula sekitar jam 2.00 dari Kompleks Tabung Haji melalui Jalan Tun Razak kemudian membelok ke Jalan Ampang sebelum melalui Jalan Ampang Hilir ke Jalan Rhu.
Perjalanan sejauh 5 km itu memakan masa hampir satu jam sebelum tiba di pintu masuk kedutaan Mesir. "Sekarang ini, Mesir mesti mengizinkan semua badan-badan aktivitis antarabangsa Islam dan bukan Islam memainkan peranan mereka untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan pada masyarakat di Gaza,” katanya. Pas turut menyeru rejim Hosni Mubarak membuka semula sempadan Rafah - laluan utama bekalan makanan dan perubatan untuk rakyat Gaza dan menghentikan pembinaan tembok pemisah antara Mesir dan Gaza dengan segera. Langkah ini perlu supaya rakyat Malaysia dan aktivis seluruh dunia dapat terus menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang dihimpit sekatan ekonomi Israel. Salehuddin menegaskan rakyat Gaza dijadikan banduan di negara sendiri dek tindakan Mesir dan Israel. Lantas, PAS menggesa Mesir untuk tidak lagi tunduk pada arahan Washington dan Tel Aviv. "Kami telah menyatakan hasrat kami kepada pihak duta Mesir dan beliau berjanji untuk memainkan peranan penting dan menyatakan kesediaan untuk memberikan bantuan terhadap kepentingan,” katanya. Salehuddin telah berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Duta Mesir iaitu Hani Abdul Kader Shah.
[Apa yang menarik dalam perhimpunan hari ini, pihak polis dilihat begitu berdisplin dan langsung tidak menimbulkan provokasi. Malah polis Cawangan Trafik, Simpanan Khas Persekutuan (FRU), Pegawai Cawangan Khas (SB) dan yang lainnya begitu ikhlas dan jujur menjalankan tugas mereka. Cuma sesekali ada ganguan dari helikopter polis yang terbang rendah ketika pemimpin PAS menyampaikan ucapan ringkas kepada orang ramai. Turut kelihatan berucap ialah wakil pelajar Malaysia di Mesir yang memaklumkan betapa daif dan terhinanya umat Islam Palestin yang kini tertindas dan langsung tiada pembelaan sewajarnya daripada negara-negara arab yang berjiran denganya].

gelihati tok bila TPM merangkap menteri pelajaran kata nak beri tumpuan pada prasarana sekolah-sekolah.
BalasPadamkalau yang tak tahu apa-apa memang kena tipu hidup-hidup je.
ramai yang tak tahu mulai tahun ni sekolah-sekolah di seluruh negara kena bayar bil letrik sendiri.
tak tahulah tok macamana caranya sekolah nak jimatkan penggunaan bil letrik.
bagi sekolah berasrama mungkin murid-muridnya kena balik ke rumah mulai jumaat petang dan kembali semula ke sekolah pada ahad petang.
bagaimana pula dengan nasib makmal komputer.
Skim Baucer Tuisyen pula dah tak ada.
Pelan Muhyiddin nak perkasakan prasekolah memang hebat kalau dilihat cara dia bercakap
tetapi bila tok dapat sumber guru-guru prasekolah yang kena ajar modul baru mulai tahun ni hanya dihantar menjalani kursus selama beberapa hari pada bulan november lepas akan dilihat seperti buat keja asal nak siap je.macam buat rumah pasang siap.macamanalah kita nak perkasakan prasekolah.
PRU tak lama dah.Jadi boleh dilihat apa yang menteri-menteri cakap lebih kepada berkempen.itulah tanggapan ramai orang
tul kata tok tu, tpm ni memang lawak
BalasPadamtak ada duit jangan cakap besar,
nak perkasakan atau perkakaskan prasekolah?