BANTING 12 Sept [8.25 pm] – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (foto) berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini. Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam. Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.
[Apa sudah jadi dengan undang-undang di Malaysia. Kes ini semakin menggemparkan apabila manusia yang diharapkan melaksanakan undang-undang tergamak pula membuat jenayah pembunuhan kejam seperti ini. Semuanya dek kerana perasaan iri hati dan dendam serta wang ringgit semata-mata. Jika inilah sikap peguam terbabit, maka apakah kita boleh percaya dengan peguam-peguam yang bekerja untuk duit semata-mata terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang?. Mereka tergamak melacurkan amalan perguaman untuk kemewahan dan duniawi semata-mata. Soalnya, siapakah "Datuk" terbabit. Malah, kita juga terkejut begitu cepat sekali pihak polis menjalankan penyiasatan kes ini dan berjaya membongkarkannya. Sedangkan dalam banyak kes lain hingga setakat ini penjenayah masih bebas sebenarnya. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada adik Sharlinie dulu. Beliau juga dibunuh kejam, tetapi apakah kerana dia anak pemandu teksi maka kesnya dilambat-lambatkan?. Apakah kerana Sosilawati itu seorang Jutawan terkenal, maka kesnya dipercepatkan. Ternyata ramai juga yang kecewa dengan senario ini. Bukankah banyak kes jenayah lain yang masih tergantung sehingga ke hari ini. Malah, apakah enam pekerja ladang akan "dikambinghitamkan" dalam tragedi ini. Sama seperti Sirul dan Azilah dalam kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu dulu!!].







pdo ni mmg banggang dan kaki pelaga org dan suka mencari salah org terutama salah pihak k'jaan... bodoh sungguh. kalau kes bunuh ni polis dpt selesai ngan cepat alhamdulillah... dia org dpt cari puncanya... tapi kalau dia org tak ada bukti dan x dpt nak cari pembunuh2 yg lain... itu mmg malang... bkn tak usaha tapi dah tak jumpa..awat pdo tak tolong cari ..jgn dok asyik cari salah org aje...otak tu tak yah letak kat lutut la... polis tu juga manusia bukan binatang...tak semua perkara dpt diselesaikan ngan segera... dah itu semua dah tertulis... so lu pikirlah pdo
BalasPadamAnon 12:00 patut fikir dan kaji banyak2 dakwaan bekas KPN baru2 ni...
BalasPadamSepatutnya kita lebih membuka mata di atas pembunuhan jutawan Melayu ini... bukan dipolitikkan.... kenapa mesti menjumudkan pemikiran kerana politik... mentang-mentang si pelaku itu dari sekutu kamu.... apakah nyawa si kafir lebih berharga dri nyawa si muslim sendiri....
BalasPadamPdo is too much.. To much!!! Kenapa busuk hati sangat??? Kamu ni org Islam ke? Kenapa terlalu suka berburuk sangka? Insaf la? Fikir panjnag nak tulis apa2 .. Jangan main hentam..
BalasPadamPDO BANGANG KE ANON 12:00AM DB ANON 1:40AM BODO SUPO KURA-KURA KEDUA NYA BERAK KAPUR OTAK KELDAI
BalasPadamKecik kecik tknk mampus besar membebankan bumi....oiii anon paria....buang masa kami (PDO) layan tulisan ngok kau....baik kami layan anon anon lain yg berguna kepada agama bangsa dan negara.
Kan elok anon anon otak keldai ini yang kena katok bakar dan buang abu dalam sungai....habis cerita
Polis tutup kes pejam mata sebab anon anon ini bukannya ada pangkat ada nama... hahahahahaha
si anon 11.31 ni pun sama kaldai mcm pdo la... bab kena bunuh ni pun nak dipolitikkan... geng dap kot ni...
BalasPadamRasanya kn PDO mmg dia ni kambing itam...tp kambing itam pemimpin2 juak2 hgpa la..kn dia ni DAPig yg diagungkan oleh juak2 hgpa...tak nk bg clue ka siapa pemimpin hgpa yg terlibat...baral punya otak...analisis tahap cipan..
BalasPadamAku tak paham laa korang ni...Hal yang sebegini bukan boleh buat main-main...
BalasPadamPolitik tetap akan berada dimana2,sama seperti ekonomi dan sosial,kerana ia saling berkait dalam kehidupan seharian manusia,samada kita sedar atau tidak.
BalasPadamsaudara2 Islam..jgn jadikan isu ni isu perkauman...kita hidup dan aman damai selama 53 tahun... bila tragedi begini terjadi jgn mainkan isu perkauman... cukup bahaya...kita tunggu aje siasatan selesai... jgn lebih afdal...doakan kesejahteraan bg mangsa2 ni dunia akhirat...
BalasPadamSesuatu kejadian itu ada hikmahnya. jangalah pasal seulas nangka yg busuk habis dikata sebiji nangka itu busuk. Ambil iktibar dpd kejadian tersebut. Secara ringkasnya bolehlah katakan kematian itu hampir pada kita. Tengok diri sendiri. Kitapun akan mati. Adalah sudah bersedia....
BalasPadamAjal Maut kerja ALLAH....akan tatapi walaupun lubang hidung mu aku tk kenal namun kaki penjilat BN spt kamu ku kenal dan ku sumpah sampai kiamat kamu tk senang hidup kerana menyokong puak puak bajingan pemerintah persis setan berkuasa di muka bumi...
BalasPadamKambing Hitam setiap hari jadi sajian santapan rakyat negara ini kerana rakyat negara ini terlalu bodoh maka makanan orang cerdik adalah si bodoh ini.
Kesian melihat adegan dan drama minggu ini negara msia berkisar cerita kambing hitam tiada langsung cerita kambing putih atau kerbau balai
Sebagai rakyat yang berpengetahuan elok berfikir mengapa kenapa hamba rakyat negara ini amat mudah di kambing hitam hanya dengan DRAMA dgn skrip yang hampir serupa
Ya Allah berikanlah kemenangan kepada hamba2 mu yang benar benar berjuang utk menegakkan syiarMU di bumi ini...