script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Angin Perubahan Di Sabah Bermula, Lajim Ukin Umum Letakkan Jawatannya Dari UMNO BN!

KOTA KINABALU, 28 Julai - Datuk Seri Lajim Ukin (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO. "Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau. "Bagi menentukan keahlian saya dalam UMNO, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya. Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini. Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. Lima hari yang lalu beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perletakkan jawatan beliau ini merupakan satu malapetaka besar buat UMNO BN pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Kini, harapan rakyat untuk melihat angin perubahan di Sabah semakin bersemarak dengan senario ini.


Lajim Ukim bersama dengan penyokong beliau semasa pengumumannya

[Satu perkembangan yang sudah pasti akan mengoncangkan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sabah pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti sebenarnya. Difahamkan ramai lagi Ahli Parlimen BN di Sabah akan mengikuti jejak langkah Lajim Ukin menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Apa yang pasti igauan ngeri Najib Razak dan Rosmah Mansor selama ini pasti akan menjadi kenyataan. Soalnya, siapakah lagi wakil rakyat BN yang akan mengikuti jejak langkah Lajim Ukin agaknya. Semoga senario terbaru ini akan memberi harapan buat seluruh rakkay Malaysia untuk melihat Putrajaya di tawan oleh Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini nanti. Gelombang kebangkitan sudah bermula dan kini Sabah sudah tidak selamat lagi untuk BN terus mendabik dada kononnya negeri itu adalah aset buat mereka. Kini rakyat Sabah sudah mencongak untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat demi masa depan mereka yang lerbih terjamin. Mereka tidak mahu lagi terus ditipu dengan janji manis pemimpin UMNO setiap kali menjelang pilihanraya, sebaliknya mereka terus dipinggir selepas itu].
Share:

5 ulasan:

  1. BN tak goncang pun dengan keluarnya orang macam lajim langau ni, datangnya tak menambah, perginya tak mengurang. MAlahan lajim langau ni pun hanya dikenali di kawasannya saja, orang malaya yang lain tak kenal pun dengan pembelot ni. Elok sangatlah dia keluar, dapat jugak menambahkan sampah-sampah umno dalam tong taik PKR.

    BalasPadam
  2. Jangan berkata sombong sebegitu. Tidakkah setiap undi itu bernilai? Kalah menang boleh ditentukan dengan hanya 1 undi!!

    BalasPadam
  3. .."Elok sangatlah dia keluar, dapat jugak menambahkan sampah-sampah umno dalam tong taik PKR."..memanglah betul tapi sendiri mau ingat sampah ni juga pernah membentuk TALIAN HAYAT UNTUK NYAWA BEEE...ENNND..sekurang2nya ianya telah memutuskan SATU dari ratusan talian nyawa tersebut..kah.kah.kah

    BalasPadam
  4. mulut kata x pe, tp hati menggelegak bagai nak pecah risau penyokong lari, rambut dah x nak tumbuh, ada lg yang nak keluar.. adusss tangguh lagi la pRU 13...

    BalasPadam
  5. Sabah akan jadi negeri PR selepas ini.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.