script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Ayah Saiful' Gesa Peguam Negara Kemuka Petisyen Rayuan Terbaik Bagi Kes Liwat Anaknya !

PETALING JAYA, 4 Julai - Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim (foto), 58, hari ini merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya. Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir. "Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi. "Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya menerusi satu kenyataan di sini. Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya. Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu. Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan. "Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabai dan tidak dinafi oleh pihak Peguam Negara," kata beliau.

[Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun membuat keputusan. Apa yang diharapkan oleh rakyat akhirnya terserlah jua. Namun, keluarga Saiful Bukhari Azlan ada hak untuk pertahankan keadilan. Anehnya, keadilan apakah yang mahu dipertahankan oleh mereka?. Tambahan pula apabila perjalanan kes melihat banyak bukti-bukti yang direka, malahan bukti saintifik termasuk DNA juga penuh dengan keraguan. Keadilan itu harus ditegakkan kepada yang hak. Namun, sebagai rakyat Malaysia Saiful boleh terus berjuang untuk mempertahankan haknya. Segalanya akan ditentukan oleh hakim dan rakyat hanya melihat adengan ini satu persatu dengan penuh minat. Kini, kes liwat ini sudah hampir dilupakan. Tambahan pula menjelang pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Apapun, masih ada ruang untuk pihak yang berkenaan membuat rayuan. Soalnya, mahukan keadilan ditegakkan ke atas sesuatu benda yang bathil. Inilah masalahnya].

Share:

10 ulasan:

  1. dah lah tu...takkan tak habis2 lagi nak cerita pasal lendir, pungkoq tu. Tobat2 lah.....kalau masih tak puas hati bawa ke mahkamah syariah baru real orang Islam

    BalasPadam
  2. Sepatutnya beliau bersyukur kerana anaknya didapati tidak diliwat......tapi ayah si saiful ni nak juga merayu ke mahkamah lebih tinggi supaya anaknya disahkan kena liwat.....pelik.....pelik....pelik......

    BalasPadam
  3. pelik, kang... jenis songkok tinggi mana nak berubah, orang bersyukur anak di sahkan tidak di liwat, ni pulok mintak di sahkan liwat pelikkang. pelikkang... umporno umporno..

    BalasPadam
  4. Ayah Saiful sebenarnya anak pungut dibawa dari Pelangai, Pahang ke Penang untuk dibesarkar oleh seorang guru.Tahu sangat latar belakan dia. Tetapi nak belagak sekarang.

    BalasPadam
  5. Dewa korang Anwar pun bagai ayam jantan kesiangan yang kokoknya berderai-derai tak sedar ekor penuh bergelumang najis. Hanya makhluk2 terencat akal macam engko orang yang masih sokong mengkhinzir buta kat makhluk perosak seekor ni.

    BalasPadam
  6. apapun, harap pdo jangan jadi bangang dan membangankan. biarkan proses mahkamah diteruskan selagi masih ada saluran. siapa pdo untuk tentukan bahawa yg bathil itu saiful? Allah sahaja yg tahu siapa benar siapa salah wahai pdo, insaflah bahawa kita ni manusia yg punya kelemahan.

    BalasPadam
  7. oooi orang Pelangai....tempat ayah ku jadi Guru Besar satu zaman dulu...

    BalasPadam
  8. AYAH DIA NI SUKA KLU ANAK DIA ADA SKANDAL PUNGGUNG DGN ANUWAR...NAK JADIKAN ANUAR TU MENANTU DIA AGAKNYA...HEHEHE

    BalasPadam
  9. hehe nak bermenantukan anuwar lah tu....Suh je ayah dia tu bawak anak dia tukar jantina..

    BalasPadam
  10. setuju.....PDO wat bodoh je siar citer ni...bodoh tul..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.