KUALA ROMPIN, 9 Julai - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), dinamakan sebagai calon teratas yang akan menjadi Menteri Besar Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, seandainya Barisan Nasionl masih berkuasa di negeri ini. Rata-rata penduduk yang ditemui di sini membicarakan persoalan itu, walau pun parlimen masih belum dibubarkan lagi. Menurut sumber, Ketua UMNO Bahagian Rompin itu merupakan calon "popular" yang menjadi pilihan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini. Memang ada nama-nama lain seperti Dato' Sharkar Shamsuddin, Dato' Tengku Zulkifli, Dato' Shafik Fauzan, Dato' Ir. Soffi Razak, Dato' Sheikh Fauzi dan lain-lainnya, namun Nama JJ dikatakan terkedepan kerana beliau dilihat yang paling bepotensi dan mendapat kepercayaan penuh Najib. Buktinya, ketika JJ berada di Amerika Syarikat untuk menjadi Duta Besar Malaysia ke sana Najib telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau Suffian Awang (Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Bahagian Kuantan) untuk menjadi "care taker" parlimen itu. Walau pun ada ramai pemimpin UMNO bahagian Rompin yang layak, namun Najib mengarahkan Suffian menjaga kawasan yang ditinggalkan oleh JJ itu. Malah, JJ dilihat telah berjaya memulihkan imej Najib di persada dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tugasnya di Amerika itu. Soalnya, jika JJ diangkat sebagai Menteri Besar Pahang yang baru, bagaimanakah pula nasib Dato' Sri Adnan Yaakob sekarang?. Terdapat desas-desus Adnan akan bertanding di parlimen kali ini, walau pun tidak menjadi pada PRU yang lalu. Najib mahu Adnan berkhidmat di pusat dan JJ mengambil alih jawatan MB di negeri. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada pengaruh Adnan dalam menguasai istana. Jika berjaya maka dia akan kekal sebagai Menteri Besar, tapi jika sebaliknya maka bermakna berakhirlah empayar pemerintahan Dato' Sri Adnan Yaakob di negeri Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Jamaluddin Jarjis (JJ) kini menjadi orang harapan Najib untuk jadi MB Pahang
Jamaluddin Jarjis (JJ) kini menjadi orang harapan Najib untuk jadi MB Pahang
Jika Adnan berjaya maka beliau akan terus kekal di negeri, jika tidak sudah pasti Najib akan meletakkan orangnya. Sementara itu, hangat diperkatakan JJ akan bertanding di kerusi DUN kali ini. Parlimen akan dilepaskan kepada bekas Timbalan Menteri Besar Pahang yang dipinggirkan oleh Adnan iaitu Dato' Hassan Ariffin. Harus diingat, walau pun dipinggirkan Hassan masih berpengaruh dan kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin. JJ akan bertanding di DUN Bukit Ibam menggantikan Dato' Safri Aziz (Exco Kerajaaan Pahang sekarang). Safri mungkin terpelanting kerana beliau naik atas ehsan Tun Abdulah Badawi (Pak Lah). Beliau dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan Pak Lah, lantaran itu nasibnya tidak menentu kali ini. Maznah Mazlan pula akan terus kekal di DUN Muadzam Shah dan bergelar Senator untuk penggal berikutnya. Berita ini sebenarnya sudah tersebar secara meluas ke seluruh Pahang, terutamanya di pihak UMNO BN sendiri.
[Soalnya sekarang, apakah rakyat Pahang rela menerima JJ sebagai Menteri Besar yang baru sedangkan umum mengetahui pemimpin itu banyak terlibat dengan berbagai skandal dan masalah moral selama ini. Apakah Najib tergamak memilih pemimpin yang ada masalah seperti itu, sedangkan beliau dengan bangganya mengatakan pemimpin yang tidak bermoral tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia (ditujukan kepada Anwar Ibrahim). Kini segalanya terletak ditangan Sultan Pahang sama ada bersedia menerima perubahan pucuk pimpinan negeri atau mengekalkan yang sedia ada. Hanya kebijsanaan Sultan Pahang sahaja akan dapat meredakan kemelut yang melanda. Apapun, sepkulasi ini masih terlalu awal kerana Pahang juga berkemungkinan besar akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 ini. Ramalan dan congakan awal mengatakan lebih dari separuh kerusi DUN di bandar akan tumbang. BN hanya boleh bertahan di kerusi DUN yang pengundi majoritinya masyarakat peneroka Felda atau pun orang asli. Semuanya kini terletak ditangan rakyat Pahang].






Memang bagus sangatlah kalau JJ menjadi MB Pahang. Sekurang-kurangnya rakyat akan dapat melihat gandingan negeri dan pusat di mana penyangak, perasuah dan pembunuh dapat bergandingan dengan pencabul dan peramas punggung. Satu dunia dah tahu... penyangak (banggang) akan mencari rakan penyamun (tolol) juga akhirnya.
BalasPadamIsu pertukaran pemimpin dari parti UMNO Baru... Persoalannya jika benar Jamaluddin Jarjis akan mengambil alih tempat Adnan yakob, apakah pertukaran itu akan memberi kebaikan kepada ahli parti dan juga rakyat Malaysia ?
BalasPadamBagaimana ahli UMNO Baru memilih ahlinya jadi pemimpin diperingkat tertinggi parti dan dalam kerajaan negeri... Apakah kelayakan seseorang itu boleh dicalonkan sebagai pemimpin dinilai mengikut jumlah duit yang disogok ?
Diantara Jamaluddin Jarjis dengan Adnan Yakob, siapa yang mampu bagi banyak duit sebagai imbohan...?
Untuk perhatian, Kerajaan Umno BN telah menganugerahkan satu projek sistem kawalan trafik bernilai RM280 juta kepada Ikhwan Hafiz anak Jamaluddin iaitu Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
Projek ini diberi secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Dikatakan bahawa syarikat Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan sistem kawalan trafik udara yang akan membahayakan nyawa penumpang kapal terbang.
Kalau anak boleh diberi projek secara rundingan terus.... apakah bapak dari bernafsu buaya akan jadi ulamak yang tidak akan meramas punggung pelayan cafe ?
klu bagi ke anak bukan jati pahang (kelantan ,terengganu yg buat mcm ngri mcm ini ngeri diaorg ok x)
BalasPadamBuat apa nok kecoh.....lepas pru 13 kita akan dapat MB baru.....sama ada dari PKR @ PAS.......
BalasPadamKalau JJ jadi MB pahang, aku sarankan supaya semua wanita menjaga punggung mereka elok2. elok kita buat kempen kesedaran "1punggung selamat"
BalasPadamIngat DARA...masa segar bugar, di korporatkan..harta tanah lembu, sawit, ladang teh dll semua dapat geng korporat...lepas tu pakat jual semua...kayoooo...pokcik kayooo...bila dah uzur..JJ kata, kerajaan kena ujudkan balik DARA utk jaga rakyat2 Muadzam...cehhhh!!!! jadik MB???
BalasPadamElok sangat dapat MB baru... Bentong tak maju langsung walaupun MB kejap-kejap balik Bentong..
BalasPadamSilap-silap Bentong lebih maju dengan MB baru... Kawasan perindustrian Karak akan penuh dengan pelabur dari Amerika, Bandar Baru Mempaga akan dapat pelabur dari luar negara.. pekerjaan diwujudkan.. dan impak ekonomi menaikkan ekonomi penduduk Bentong secara keseluruhan.. Syabas JJ... (Kalau raba pun makcik tak kisah.. sebab makcik ni dah lama jande..)
Hah molek sangat la tu... Biar bini ngko, mak atau nenek ngko yang kena raba.
BalasPadamnama pun dah JJ (Jaga Jubur)..
BalasPadamaku pelik betul.dah takda ke calon yang baik dalam umno ni.asyik yang scandal/kes seks/kes haprak hok tu tu la nak dijadikan pemimpin.haprak betol.kalau dah tau rakyat tak suka berilah pada calon lain.woi rakyat nak pemimpin umno yang baik.plese..kalau dah takda calon lain kami pangkah lain la lepas ni
BalasPadamKita perlukan perubahan untuk memastikan negara terus memenuhi kehendak rakyat, serasi dengan kehendak YAB PM berkaitan calon boleh menang @ winable candidate, yang mana masih boleh memimpin kita sokong, yang mana sudah tidak mampu atau sebenarnya mampu tetapi tidak mendapat sokongan rakyat kita gantikan dengan calon lain, yang penting kehendak rakyat diutamakan, perlu ganti kita wajib ganti' kerana selama memimpin tiada perubahan ketara, generasi kedua terus tertekan, pemimpin sediada tidak membawa punca ekonomi atau industri ke kawasan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka, sebab itu generasi kedua keluar dari kawasan mencari pekerjaan di tempat lain lalu menjadi pembangkang, selama ini pemimpin sediada hanya menkayakan diri dan keluarga sahaja, rakyat nampak, rakyat tak buta, tak pekak, bagi laluan kepada yang layak, jangan kerana surat kuning calon yang ada dikekalkan walaupun rakyat sudah tidak mahu, takut-takut nanti ada jebat era baru di Pahang Darul Makmur....
BalasPadam