
KUANTAN, 28 Julai - Seorang pesara kerajaan hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dia dikenakan saman oleh pihak polis trafik ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan (pokok buluh) di kawasan letak kereta berhadapan Mahkota Square dan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini petang semalam. Beliau kecewa kerana pihak polis langsung tidak mahu bertimbang rasa dengan orang ramai yang terpaksa meletakkan kenderaan diluar kotak parkir sepanjang Jalan Mahkota memandangkan ruang yang disediakan sudah tidak mencukupi. "Saya ke situ sekitar jam 4.00 petang semalam untuk membeli juadah berbuka puasa. Puas cari parking... tak jumpa.. maka last sekali saya letakkan berhampiran kenderaan lain yang berada disekitar jalan itu... Sungguh malang apabila kembali ke kenderaan saya dapati ada resit saman polis trafik pada kenderaan saya. Saya tahu polis buat kerja, tapi mereka juga perlu tengok situasi. Bukan ikut suka macam Penguatkuasa MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) selama ini. Majoriti kenderaan memang diletakkan di luar kotak parkir.. kenapa hanya kereta saya yang kena?", kata beliau. Difahamkan beliau sudah berhubung dengan pihak polis mengenai masalah itu dan meminta ia dipertimbangkang. "Polis suruh saya berurusan dengan penganjur Bazar Ramadan dan pihak MPK sendiri, yang benarkan ia diadakan di situ", katanya lagi dengan nada kecewa.
[Persoalannya sekarang, wajarkah operasi saman parkir dilakukan ketika bulan Ramadan terutamanya di kawasan bazar seperti itu?. Pihak berkuasa termasuk polis trafik, JPJ dan Penguatkuasa MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) sepatutnya lebih bertimbang rasa di bulan puasa ini. Memang benar banyak kenderaan terpaksa diletakkan di luar kotak parkir, namun siapa yang salah sebenarnya?. Kenapa MPK luluskan permit perniagaan bazar di situ?. Bukankah kawasan itu ialah kawasan parkir awam sebenarnya. Sepatutnya, kelonggaran diberikan kepada orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa. Memang benar, undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi. Namun, bukankah undang-undang itu ciptaan manusia maka sudah tentu budi bicara dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum mereka sewenangnya mengeluarkan surat saman].
[Persoalannya sekarang, wajarkah operasi saman parkir dilakukan ketika bulan Ramadan terutamanya di kawasan bazar seperti itu?. Pihak berkuasa termasuk polis trafik, JPJ dan Penguatkuasa MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) sepatutnya lebih bertimbang rasa di bulan puasa ini. Memang benar banyak kenderaan terpaksa diletakkan di luar kotak parkir, namun siapa yang salah sebenarnya?. Kenapa MPK luluskan permit perniagaan bazar di situ?. Bukankah kawasan itu ialah kawasan parkir awam sebenarnya. Sepatutnya, kelonggaran diberikan kepada orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa. Memang benar, undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi. Namun, bukankah undang-undang itu ciptaan manusia maka sudah tentu budi bicara dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum mereka sewenangnya mengeluarkan surat saman].






salam..
BalasPadamberbudi bicara pada pakcik ni seorang
then sapa pula berbudi bicara pada org2 yg susah payah parking jauh dekat jalan bank dan jalan kaki ke bazaar?
rules tetap rules
susah sgt xdpt parking pergi beli di bazaar lain yg senang dapat parking..even ceruk rantau mana pun parking mmg susah pasal ianya kan bazaar ramadhan..mmg tumpuan org
just my two cents.
mmg patut kena saman, pking x tentu hala, ni jenih mls pking jauh la ni, pah tu jln jem sbb hok prngai lgu ni la, pkl 4 tu awal lg, gi la cr bzr lain hok pking mudoh, pdo pun agak2 la nk wat story, kito org islam ni time ramadhan patut makin disiplin la, smada time solat or time pking kete, klu pking tpt yg x spttnye confirm akn menyusahkan org lain, dah la jln tu cepat jem klu kete byk, tmbh plak dgn prngai drebar hok jenis x reti nk pking,,, abg polis ptt saman, he he he jgn mare, SENYUM :-)
BalasPadamOrang Islam perlu menunjukkan contoh sebagai law abiding citizen. Nak jadi negara Islam macam mana kalau rakyatnya tidak suka ikut peraturan. Lebih baik orang singapura dan Israel yang pandai ikut peraturan.
BalasPadamOrang Malaysia (baca Melayu) yang memegang tanggungjawab pentadbiran memang terkebelakang kalau dibandingkan dengan orang Singapura atau Israel. Bila buat apa-apa aktiviti, keperluan parking selalu terlupa.
Negara Berkebajikan bukan bermaksa bersimpati kepada orang yang melanggar peraturan. Kalau bersimpati dengan orang yang melanggar peraturan, samalah dengan UMNO. Agaknya PDO ini masih berkarat pemikiran UMNO, cuma membawa tiket keahlian PR.
BalasPadamBuat salah akan terima padah. Jangan memudahkan diri sendiri dan menyusahlan pihak lain.
BalasPadamsatu kawasan lagi...saya hari2 mengunakan jalan darat makbar untuk balik ke bukit setongkol..yang menghairankan tiada ape2 tindakkan dari pihak penguatkuasa biar pun banyak kereta parking di garisan kuning dekat dengan kedai ikan dan petronas...dan kadang2 terdapat juga kereta polis dan kenderaan MPK parking untuk minum di RESTORAN KAMPONG TENGAH...SOALAN....APEKAH MAKSUD GARISAN KUNING DI TEPI JALAN,
BalasPadamPERATURAN TAK NAK IKUT, KENA SAMAN SALAHKAN KERAJAAN...apa punya jenis mansusia macam ni
BalasPadamSalam PDO, mohon jangan besarkan ISU pakir ni . kes tak ikut peraturan..memang patut kena saman takkan benda salahpun PDO nak tegakkan.. kepada pak cik tu..awak jgn pikir kepentingan diri jee.
BalasPadamSAMAN JE..BIAR AMBIL IKTIBAR>>>LAIN KALI NAK BELI JGN LA BAWA KERETA..BAWA LA MOTOR KE, BASIKAL KE, JALAN KAKI KE..KERETA DAH LA BESO..DAH TU DIE SORANG JE...KALU DAH PARKING TENGAH JALAN..SAMPAI KERETA BELAKANG TAK BOLEH GERAK...PATUT BG 3 SAMAN SEKALIGUS...hidup HIDUP..HIDUP POLIS TRAFIK KUANTAN...(ALAMAK TEROVER)
BalasPadampENJUAL bazar
bazar lain yg bnyk parking x jual kuih ke? ada lebih baik guna alternatif lain. naik motosikal ke, cari bazar lain ke dsb. satu lg, tukang samanpun kena gunakan akal fikiran bersesuaian dgn situasi. kalau parkir kenderaan diluar lot tp tidak mengganggu l/lintas, x perlu saman la. cuba kalau bapak kita yg parking begitu, tergamak ke nk saman? lebih2 kalau yg buat begitu kwn dlm agensi sendiri, saman jugak ke?
BalasPadamBetul dah tindakan Polis Trafik tu. Meletakkan kenderaan ikut suka hati telah menyusahkan orang lain. Jangan suka pentingkan diri sendiri. Bukan kita sorang je pakai kereta.
BalasPadampolis tu x salah. dg tggjwb dia. pak cik satu hal juga. parking ikut sedap dia. memang kena saman. kt ni org islam tunjukkan benda baik. sy yg keje jbtn kerajaan area situ. kadang2 payah nk kuar. org parking ikut suka hati. x pikir langsung pengguns lain. parking kete biarlah bijak. nama je islam puasa plak tu. mcm mana islam nk dihormati oleh bukan islam.
BalasPadamkalau koi ada kt satu koi bahan lagi 10 saman pada pakcik pencen tu dan PDO pulak koi bahan lagi 20 saman..nak pertahan apa orang macam ni..dah buat salah bising pulak..nk pertahan pegi le tahan keretapi lalu..tengok sape kuat...bongok!!!
BalasPadamklu parking ikut suka hati & menyusahkan org lain bukannya zalim tu. PDO dah x da cite ke nk isi dlm blog. benda y remeh temeh nk kepoh. cmn kita nk maju.
BalasPadamnak tanya kalau tempat parking wat pasar ramadhan....zalim x nama nye...dah sah MPK hanya mencari keuntungan dari sewa tapak Ramadhan dari memikirkan masalah pakcik ni...Datuk minta pandang serius perkara ni..
BalasPadamsaya cadangkan tahun depan pasar ramadhan ibuat atas padang seperti kanival jom heboh..dan parking boleh digunakan sepenuhnya untuk parking kenderaan.
BalasPadamy aku tau tapak bazar ramdhan jt masjid tu milik persatuan peniaga melayu. mslhnyer oranf lain blh parking elok x kan pak cik tu x boleh. mdlh org kita ni mls nk jalan jauh ckit. benda bukannta berkaku pada bazar ramadhan. klu ada apa2 event mesti org parking ikut suka hati. betul tak. y datuk cam marah sgt tu nape. ada mslh ke. bg cadangan bernas pd mpk utk atasi mslh parking. tq. bukan defend mana. peace
BalasPadamsaya nak share info, sabtu lepas kira2 pukul 5 ptg, di bazar berdekatan esplaned Temerloh berdekatan bus & teksi station,saya melihat polis tafik giat menyaman kenderaan sewaktu pemiliknya sibuk membeli juadah utk berbuka. Hai...memang polis ambil kesempatan tanpa pertimbangan..
BalasPadamkoi nak tanya sikit....kalau leh kete tu ferrari ke? lambo ke? atau no plate WWW 1...agak2 tok polis tu saman dok?
BalasPadamSaya setuju Pasar Ramadhan dibuat atas padang....xkan jom heboh boleh yang ni x blh lak...
BalasPadambeberapa hari yang lalukereta saya juga kena saman oleh polis trafik...di sebelah kereta saya pun kena saman tetapi apa yang mengejutkan kereta itu adalah kereta polis ada logo siap ada tulisan pegawai penyiasat...
BalasPadamnanti ramadan akan dtg, tak perlulah beli kat situ.. ade lbh baik buat masak sendiri kat rumah.. kalu mampu beli, mampu lah jugak bayar saman.. peraturan tetap peraturan.. niat sedekah je.. bulan puasa..
BalasPadamSelaku mengguna jalan raya perlu ada sikap patuh mematuhi undang-undang jalan raya dimana saya kita berada. BEGITU juga kaedah mematuhi pencarian rezeki yang banyak ALLAH turunkan untuk hambaNya.
BalasPadamUntuk cari sesuap nasi pun kita perlu mengikut landasanNya demi tidak menyusahkan org lain. Disini saya ingin perkenalkan cara mencari rezeki tambahan atau BONUS, untuk semua warga negara Malaysia http://tinyurl.com/bw3cdog