script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerani Rugi RM534,000 Akibat Di Tipu Sindiket Macau SCAM !


TANAH MERAH - Seorang kerani wanita kerugian lebih setengah juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam sejak April lalu sehingga kelmarin.

Mangsa yang berusia 40 tahun itu mula terjerat dengan sindiket berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang wanita.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, menerusi panggilan itu, mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjumlah RM24,000.

Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa kononnya pegawai polis.

"Apabila menerima panggilan berkenaan, mangsa pada mulanya panik kerana tidak mengetahui dia ditipu sindiket Scam.

"Sehinggalah mangsa memasukkan sejumlah wang dalam satu akaun kononnya bagi menyelesaikan masalah tunggakan cukai itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Azizul berkata, dalam tempoh sebulan, mangsa telah membuat 12 transaksi bayaran ke dalam akaun yang diminta antara RM10,000 hingga RM38,000, dengan jumlah keseluruhan RM534,000.

Beliau berkata, mangsa turut diberitahu jika tidak menyelesaikan hutang itu asetnya akan dibekukan.

"Suspek telah meminta semua wang dimasukkan ke dalam akaun pegawai penyiasat dan berjanji wang berkenaan akan dikembalikan sebaik siasatan selesai.

"Walau bagaimanapun, selepas tiba masa yang dijanjikan, wang berkenaan tidak dikembalikan malah suspek terus memberi pelbagai alasan.

Tambah beliau, mangsa hanya menyedari ditipu sebaik menceritakan kejadian kepada ahli keluarga.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Azizul berkata, pada tahun ini, sebanyak 37 kes penipuan Macau Scam dilaporkan dengan kerugian membabitkan RM2.2 juta berbanding sepanjang tahun lalu, sebanyak 121 kes dengan kerugian RM10.2 juta.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dari pihak tertentu.

"Jangan sewenang-wemangnya mendedahkan maklumat kewangan peribadi seperti nombor akaun, kad bank, atau kad kredit kepada orang tidak dikenali," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.