script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketiadaan Nwakaeme, Skuad Tok Gajah Dan Perak Kongsi Mata


KUANTAN- Skuad Pahang terlalu bergantung kepada penyerang import, Dickson Nwakaeme sehingga ketiadaannya menjejaskan peluang untuk mencipta kemenangan, akui jurulatihnya Dollah Salleh.

Perkara itu juga menurut Dollah adalah penyebab mengapa Tok Gajah sekadar seri 0-0 semasa bertemu Perak pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

“Perkara ini perlu dielakkan kerana tidak mencerminkan Pahang sebagai pasukan yang terdiri daripada pemain profesional. Kita sering mengingatkan mereka, tetapi pemain masih tetap mengharapkan Nwakaeme untuk mencipta jaringan.

“Mereka perlu sedar kita bukan bermain seorang atau secara individu tetapi turun dengan kesebelasan utama di atas padang...kita melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya termasuk meletakkan Mohamadou Sumareh di posisi penyerang,” katanya selepas perlawanan.

Dollah bagaimanapun mengakui perubahan posisi Sumareh dalam perancangan pasukan itu kini mula menampakkan hasil positif meskipun belum sepenuhnya.

“Sumareh juga nampak sudah semakin selesa bermain di posisi penyerang cuma kita belum mendapat gandingan serasi untuknya. Ia berbeza apabila Sumareh berganding dengan Nwakaeme kerana persembahan mereka nampak lebih mantap,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perak Mehmed Durakovic mengakui persembahan The Boss Gaurus pada perlawanan itu tidak begitu baik kerana beberapa pemain baharu mereka belum cergas sepenuhnya untuk berdepan Pahang.

“Para pemain kami beraksi dalam kelas berbeza dan struktur permainan kami adalah baik. Walaupun seri, ia masih baik memandangkan kami mendapat satu mata di tempat lawan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.