script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Jururawat Serdang "Hilang", Di Temui Mati Di Cyberjaya !


SERDANG - Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya semalam.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Media pada Selasa lalu melaporkan kali terakhir mangsa menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menurut adiknya, Siti Khairani, 36, keluarganya tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir kakaknya bersama suami serta anaknya pada hari sama dia dilaporkan hilang.

Siti Kharina yang mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang dekat sini bersama sebuah kereta Honda City pada pukul 4 petang hari kejadian.

“Saya dan keluarga mengetahui kehilangan kakak sulung saya itu selepas mendapat panggilan daripada pihak pe­ngurusan Hospital Serdang pada 9 Mei lalu selepas mangsa yang sepatutnya be­kerja pada pukul 9 malam tidak hadir selain dia gagal dihubungi.

“Pihak hospital pula menghubungi saya pada 10 Mei bagi memaklumkan kejadian itu sebelum saya bersama ahli keluarga yang lain berusaha untuk mencarinya,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.